"Ingat Dia Je Boleh Pakai Tangan Aiman Hakim" - Sharifah Sakinah Dedah Rahsia Zahirah Macwilson

Asraf Aided
Disember 12, 2018 07:24 MYT
Pelakon popular, Sharifah Sakinah berkongsi sebuah video menggunakan applikasi TikTok yang menampakkan tangan pelakon Aiman Hakim Ridza.
Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila aktres Zahirah Macwilson membuat netizen berteka teki tentang pemilik tangan dalam video TikTok yang dimuat naik olehnya baru-baru ini.
Namun rahsia dan teka teki itu berakhir apabila Sakinah mendedahkan perkara itu dalam perkongsian video terbabit.
"Ingat Zahirah Macwilson je boleh pakai tangan Aiman.
"Sorry girl, I have to reveal tangan siapa on your TikTok selama ni," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Sakinah berasa terhibur dan mengatakan lawak Sakinah tidak pernah hambar dan membosankan.
"Suka tengok Sakinah, always kelakar dan tak pernah membosankan.
"Kantoi!
"Craked!" tulis netizen.
#Sharifah Sakinah #Zahirah Macwilson