Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ingat Hamil 7, Rupanya Wanita Lahirkan Kembar 9 Catat Guinness World Records

Maliah Surip
22/12/2022 14:37 MYT
Seorang wanita yang menyangka dirinya hamil dengan tujuh anak kembar terkejut kerana bilangan anak yang dikandungnya lebih dari jangkaan.

Pada hari kelahiran yang terjadi 4 Mei 2021, wanita yang dikenali sebagai Halima itu sebaliknya telah melahirkan sembilan anak kembar; lima daripadanya perempuan sementara empat lagi lelaki.

Meski 9 anaknya dilahirkan sebagai anak pramatang pada usia kandungan 30 bulan, kesemua mereka masih hidup sehingga kini. Itu telah mencatatkan rekod baharu Guinness World Records yang menyifatkan ia sebagai kejadian luar biasa.

Menerusi kemas kini dalam Instagram rasmi organisasi yang mengiktiraf pelbagai perkara pelik dan penuh rekod di seluruh dunia itu, Halima melahirkan 9 anaknya di sebuah klinik di Casablanca, Maghribi secara pembedahan.

“Melahirkan anak kembar 9 adalah sesuatu yang sangat ajaib. Sehingga kini, belum ada rekod lain yang mengatasi kelahiran 9 anak ini serentak dan masih bertahan hidup,” kata Guinness World Records.

Sementara itu suami Halima mengatakan tidak menyangka isterinya hamil dengan 9 kembar kerana selama kehamilannya mereka maklum bakal menimang 7 kembar.

“Kami tidak sedar Halima sebenarnya hamil dengan 9 kembar sehingga tiba hari melahirkan mereka. Bukan 7 tapi 9 anak kembar dan kami sangat bersyukur dengan pemberian Tuhan,” katanya.

Pasangan itu menamakan anak anaknya dengan nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia, Fatouma untuk perempuan, manakala 5 anak lelakinya diberi nama Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.

#Viral #Hamil #Kembar #Guinness World Records
;