Laman Utama

Ingat Isteri & Anak Terjatuh, Suami Tertinggal Pembonceng Lepas 2 Jam Perjalanan Balik Raya

gempak
Maliah Surip
21/04/2023
04:45 MYT
Sponsor Banner
Ingat Isteri & Anak Terjatuh, Suami Tertinggal Pembonceng Lepas 2 Jam Perjalanan Balik Raya
Bunyinya memang macam tidak masuk akal, tetapi insiden seorang suami baru sedar tertinggal isteri dan anaknya selepas dua jam perjalanan balik kampung untuk menyambut Aidilfitri memang benar-benar terjadi.
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu apabila pasangan suami isteri dan seorang anak mereka mahu pulang ke Kediri, Jawa Timur dari Jakarta.
Mengikut laporan media Indonesia, tiga beranak itu bertolak daripada rumah bersama sebelum suaminya berasa telah salah jalan.
Isteri dan anaknya kemudian turun daripada motor sementara sang suami yang dikenali sebagai Adam memikirkan arah jalan yang betul.
Malangnya, Adam tidak sedar dia telah meninggalkan isterinya, Siti Aminah dan anak di kawasan motor mereka mengalami masalah di sekitar Brebes. Dia hanya menyedari tertinggal dua pembonceng sewaktu tiba di kawasan Pekalongan.
Dan jarak antara Brebes sehingga Pekalongan adalah sekitar 70 kilometer bersamaan dengan dua jam perjalanan.
Pasangan itu bagaimanapun ‘bersatu’ selepas Siti Aminah dan anaknya ditumpangkan oleh orang awam dan dibawa kepada pihak berkuasa yang menjaga lalu lintas di Brebes.
Menurut Adam, dia langsung tidak sedar anak dan isterinya tiada di atas motor, malah sempat panik selepas menyedari mereka tiada.
Adam fikir anak dan isterinya telah jatuh daripada motor sebelum dia melihat telefon dengan mempunyai 21 panggilan dari nombor tidak dikenali tidak berjawab.
Dia kemudian menelefon semula nombor tersebut yang diketahui milik pihak berkuasa sebelum berpatah balik ke Brebes yang mengambil masa perjalanan dua jam untuk mengambil isteri dan anaknya yang tercicir.
Kredit Foto: Kompas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live