"Ingat Janji Kita Selamanya" - Berbalas Komen Manja, Ada Apa Fatin Afeefa & Andi Bernadee?

Amri Hassan
Disember 19, 2018 07:08 MYT
Saling berbalas komen manja di Instagram, netizen mula membuat spekulasi pelakon Fatin Afeefa dan penyanyi Andi Bernadee sedang menjalinkan hubungan istimewa.
Menerusi kemas kini terbaharu Instagram Andi, penyanyi lagu Satu Peluang itu seolah-olah memberikan bayangan sedang mengikat janji dengan seseorang.
"Bebi, janji kita apa bebi?" tulis Andi.
Bukan sekadar entri biasa apabila Afeefa turut membalas kapsyen terbabit dengan komen yang mencurigakan.
"Ingat! Janji kita... Selamanya," tulisnya.
Malah, pasangan itu saling berbalas komen antara satu sama lain.
"Kenapa lambat reply? You keluar dengan perempuan mana?" tulis Afeefa.
"I dont text and drive, so yeah I park kereta kejap kat tepi jalan semata benda ni," balas Andi.
Manakala, Andi juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen hampir di semua foto terbaharu Afeefa.
#Andi Bernadee #Fatin Afeefa