Ingat Kapal Terbang Sahaja Ada Kelas Perniagaan? Kereta Api Pun Ada Tau!
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan perkhidmatan koc 'Business Class' (kelas perniagaan) bagi perkhidmatan tren elektrik terbaharunya ETS2.
ETS2 telah membuka laluan kelas perniagaan bagi perjalanan dari KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral bermula daripada 11 Oktober hingga 31 Oktober 2019.
Antara fasiliti di koc kelas perniagaan adalah perkhidmatan wifi, tempat duduk seorang yang luas, perkhidmatan pramugara dan pramugari, kit perjalanan, in-train entertainment, Audio Video-On-Demand (AVoD) serta port USB.
KTMB turut mengumumkan harga tiket promosi RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh, Perak.
Manakala promosi bagi tiket perjalanan KL Sentral-Padang Besar, Perlis kini berharga RM112 dan ia sah bagi perjalanan di antara 11 Oktober sehingga 30 Nov 2019.
Sementara warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.
Tiket ETS2 sudah mula dijual pada 12 September lalu dan anda boleh mendapatkan tiket kelas perniagaan di sini.