Laman Utama

Ingat Nak Buang Air Besar, Ibu Cemas Terberanak Dalam Mangkuk Tandas

gempak
Gempak
28/09/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
Ingat Nak Buang Air Besar, Ibu Cemas Terberanak Dalam Mangkuk Tandas
Hasrat seorang wanita hamil tujuh bulan membuang air besar bertukar tragedi hitam apabila dia bersalin secara tanpa sengaja di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di belakang sebuah restoran di Parit 7 di sini pada Isnin.
Lebih menyayat hati apabila bayi dilahirkan wanita berusia 37 tahun itu terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan meninggal dunia.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang.
"Seramai sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, pihak bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan bayi terbabit.
"Bayi terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ibu bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang menggunakan ambulans," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live