Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ingat Orang Apa, Anak Patung?” - Zarina Anjoulie Diganggu Lelaki Gatal, Ada Hati Nak Ajak Jadi Skandal?

Hanafis Haris
08/06/2021 03:22 MYT

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila mendakwa ada lelaki yang berhasrat menjadikannya sebagai skandal.

Perkara itu didedah Zarina atau lebih mesra disapa Anju menerusi satu posting di Instagramnya,

Menurut Anju, dia memohon supaya lelaki yang ‘gatal’ ini supaya tidak menghantar mesej untuk mengajaknya menjadi skandal mereka.

“Tolong jangan DM (direct message) aku nak ajak skandal. Skandal tu apa?

“Skandal nak, duit tak kasi,” katanya.

Menurutnya, dia tidak ada masa untuk memikirkan hal skandal ini, sebaliknya lebih selesa dengan cara lebih halal.

“Skandal ni aku taknak ya. Kalau nak, kawin terus cara halal.

“Ingat orang apa, anak patung? Lepas tu kalau taknak ugut-ugut,” katanya.

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Terdahulu, Anju juga mendakwa ada yang cuba menjadikannya sebagai ‘sugar mummy’.

“Ada beberapa budak muda mesej Instagram Anju dengan harapan nak aku jadi sugar mummy? Like seriously?

“Hantar gambar, nak kenal la nak gatal la. Hello mak bapak korang mana? Suruh diorang tanggung kau ye dik,” katanya.

Jelas Anju, dia tidak faham dengan masalah budak sekarang yang malas bekerja sebaliknya lebih suka untuk cari jalan mudah.

BACA: “Aku Tak Lapar Jantan” - Zarina Anjoulie Bengang ‘Budak Hingusan’ Nak Jadikannya Sugar Mummy

Sekadar info, Zarina dan bekas suaminya, Eilyas berkahwin pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban selepas empat tahun memegang status ibu tunggal.

Menerusi laporan Gempak pada 3 Mei lalu, Zarina telah mengesahkan dirinya kembali janda selepas bercerai kali kedua dengan Eilyas.

BACA: Zarina Anjoulie, Suami Cerai Kali Kedua

Sebelum perkahwinan itu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra.





#Viral #Skandal #Zarina #Anju #DM #Jantan
;