Laman Utama
“Ingat Risiko Yang Dibawa…”- Sebelum Pulang Ke Kampung, Dr Izzar Kongsi 5 Penilaian Kendiri Penting
Ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman berjumpa dengan keluarga selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri seluruh negara sejak 11 Oktober, semalam.
Kelonggaran itu diberikan selepas Malaysia mencapai jumlah vaksinasi lengkap 90 peratus bagi orang dewasa.
Meskipun ramai yang sudah teruja untuk pulang berjumpa orang tua mereka, namun suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang juga seorang doktor, Dr. Izzar menyarankan semua agar mengambil Langkah berjaga-jaga.
Kata Dr. Izzar risiko membawa virus Covid-19 masih ada kerana dalam masa yang sama wabak itu masih lagi belum sepenuhnya hapus dan terpaksa melalui fasa endamik.
Justeru, Dr. Izzar menyenaraikan lima penilaian kendiri Covid-19 yang boleh dilakukan sebelum hendak pulang ke kampung dan berjumpa keluarga.
1️⃣ TEST - Buat ujian saringan Covid-19 kendiri
2️⃣ REPORT - Laporkan keputusan ujian di MySejahtera walaupun negatif
3️⃣ ISOLATE - Kalau positif. Tak perlulah pulang kampung lagi. Asingkan diri di rumah dahulu. Patuhi HSO oleh KKM
4️⃣ INFORM - Beritahu kontak rapat anda positif Covid-19 dan maklumkan kepada CAC (Pusat Kuarantain & Rawatan) berhampiran jika gejala atau kesihatan semakin merosot.
5️⃣ SEEK - Pergi ke pusat perubatan atau CAC jika mengalami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu badan terlalu tinggi.
Pun begitu, Dr.Izzar memberitahu apa-apa yang berlaku selepas ini atas tanggungjawab masing-masing.
“Sekarang ni atas tanggungjawab masing-masing. Kalau degil juga balik kampung tanpa divaksin, apa-apa yang terjadi nanti korang muhasabahla sendiri.
“Tiada siapa nak menghalang anda. Roadblock pun dah tiada. Jujurlah pada diri sendiri. Menipu kan berdosa,” katanya lagi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!