"Ingat Saya Cuai Macam Tu Ke?" - Bella Daily Perjelas Isu Gambar Seperti Menampakkan Kulit Badan

Asraf Aided
Oktober 3, 2018 11:02 MYT
Pelakon Bella Dally tampil membuat penjelasan terhadap gambarnya yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas.
Dalam gambar tersebut, Bella sedang berada di sebuah restoran untuk menikmati hidangan stik.
Kebanyakkan netizen menyangka Bella tidak mengenakan 'inner' dan menampakkan kulit di bahagian dadanya.
Tidak berdiam diri, Bella menjelaskan keadaan sebenar menerusi entri di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
"Ibu saya hantar 'screenshot' ini pagi tadi, ia membuatkan saya ketawa.
"Adakah anda fikir saya begitu cuai sehingga memuat naik gambar yang menampakkan aurat saya?
"Sudah tentu saya mengenakan 'inner' bersama baju tesebut," tulisnya sebagai kapsyen.
Pada masa yang sama, Bella turut mengajak orang ramai untuk sentiasa berfikiran positif dan tidak menyebarkan perkara buruk mengenai orang lain.
#Bella Dally