gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kak KM Jawab Isu Anak Didakwa Terlalu Seksi - “Jangan Sibuk Hal Orang, Aku Tahu Bahagian…”
HIBURAN
“Ingat Scammer, Rupanya Zizan Betul!” – Peniaga Tak Sangka Zizan Masuk Live Dan Beri Sumbangan
HIBURAN
Tanpa Kontroversi, GV11 & Big Stage Alpha Tetap Berjaya Curi Hati Penonton - "Mereka Ajar Kita Erti…"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Ingat Scammer, Rupanya Zizan Betul!” – Peniaga Tak Sangka Zizan Masuk Live Dan Beri Sumbangan

Umirah Halim
Umirah Halim
17/07/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
“Ingat Scammer, Rupanya Zizan Betul!” –  Peniaga Tak Sangka Zizan Masuk Live Dan Beri Sumbangan
Seorang peniaga kecil, Arinah Ahmad tidak menyangka menerima kejutan istimewa apabila pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak tampil menyokong perniagaan kek lapis yang diusahakannya.
Menerusi perkongsian yang dibuat di aplikasi Threads, Arinah menceritakan pengalamannya apabila Zizan secara tiba-tiba muncul dalam sesi siaran langsung (live) TikTok miliknya sekitar jam 2 pagi.
“Semalam saya melapis kek lewat malam sebab anak tidur lambat. Sambil melapis, saya buat live TikTok. Tak ramai pun tengok, dalam 8 ke 10 orang sahaja.
“Tiba-tiba Zizan Razak masuk dan komen, ‘Hai’ dan tanya, ‘Sale berapa hari ni?’
“Saya baca tapi memang 100 peratus ingat itu akaun palsu. Saya balas cakap tak banyak pun, dalam ratus-ratus saja sebab baru seminggu lebih join TikTok,” katanya.
Menurut Arinah, keadaan menjadi lebih mengejutkan apabila pelawak itu meminta nombor akaun untuk menyokong perniagaannya.
“Saya macam, eh sahih dah ni fake account. Tapi saya layan je la sebab tengah mengantuk pun.
“Lepas habis live, saya tengok dia mesej lagi minta nombor akaun atau kod QR. Saya tanya untuk apa, dia jawab nak support.
“Saya kejutkan suami sebab risau scammer. Suami kata bagi je cuba. Saya pun bagi QR… tengok-tengok, dapat notifikasi dari Maybank, ada transaksi masuk daripada Mohd Zizan bin Razak,” tulisnya.
Selain itu Arinah juga sempat muat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualannya bersama pelakon filem Polis Evo itu.
Menerusi tangkap layar itu, Zizan menyatakan rasa terharunya melihat ada peniaga kecil yang gigih bekerja hingga lewat malam, sekali gus menyentuh hatinya untuk menghulurkan sumbangan.
Pelawak itu juga dikatakan berterima kasih kepada Arinah kerana telah mengizinkannya bersedekah kerana Allah.
Susulan itu, Arinah kini sedang mencari surau atau masjid sekitar Manjung dan kawasan berdekatan untuk menyalurkan semula sumbangan yang diterimanya.
Topic Berkaitan
#Live
#Zizan
#Sumbangan
#Peniaga
#razak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement