"Ingat Senang Nak Bagi Markah & Buat Tak Nampak Ayam Depan Mata Ni?" - Gelagat Scha Alyahya Mencuit Hati Netizen!

Asraf Aided
November 11, 2018 08:10 MYT
Selebriti popular, Scha Alyahya berkongsi foto ketika menjurikan program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) baru-baru ini.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Ingat senang nak bagi markah lepas tu nak buat tak nampak ayam depan mata ni," tulisnya.
Gambar dan kapsyen tersebut mengundang perhatian netizen, kebanyakan mereka berasa terhibur dengan gelagat isteri kepada Awal Ashaari ini.
"Ngap lah ayam tu mana tahan tengok je.
"Ni kalau Lara ada confirm dia dah makan.
"Mesti tergugat nak bagi komen tengok ayam depan mata," tulis netizen.
Jangan lupa untuk menyaksikan MLM 2018 pada setiap Jumaat jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro Go dan 'on demand'.
#Scha Alyahya #MLM 2018 #Maharaja Lawak Mega 2018