Laman Utama

Ingatkan Ada Mogok, Oh Rupa-Rupanya Rizman Ruzaini Angkut Batalion Fesyen Ke Bukit Bintang... Ada Apa Tu Ek?

gempak
Amri Hassan
25/09/2022
05:59 MYT
Sponsor Banner
Ingatkan Ada Mogok, Oh Rupa-Rupanya Rizman Ruzaini Angkut Batalion Fesyen Ke Bukit Bintang... Ada Apa Tu Ek?
Bukan di London ataupun New York tetapi Bukit Bintang, itu sejarah yang tercipta pada Selasa lalu apabila jenama fesyen terkenal negara Rizman Ruzaini membuat kejutan melalui perarakan fesyen di lokasi tumpuan pelancong itu.
Mengumpulkan 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial. Apa yang cukup mencuri tumpuan bagaimana kesemua mereka ini mengenakan pakaian Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.
Menurut Rizman walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama Kuala Lumpur menyaksikan acara yang cukup berprestij ini.
“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.
“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,”katanya.

Rizman Ruzaini sasar jualan RM10 juta

Sementara itu, menuju ke sasaran jualan RM10 juta untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu Basic Tote Beg. Jelas Rizman melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.
Malah lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui rizmanruzaini.my.
“Melihat sambutan yang diterima tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.
“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,”katanya.
Sementara itu menurut Rizman walaupun ada beberapa warna yang sudah habis dijual, namun pihaknya akan berusaha untuk menambah stok beg melalui warna pilihan sedikit masa lagi.
Jelasnya melalui perancangan perniagaan yang dibuat pihaknya menjadi harapan agar semua produk Rizman Ruzaini dapat dinikmati semua golongan dengan harga mampu milik.

Rizman Ruzaini nak buka kedai fizikal

Sementara itu melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.
“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.
“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membukan sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,”jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024