Hiburan
“Ingatkan Bidadari Mana Tadi, Cantiknya!” – Sweet Qismina Tunai Umrah
Pelakon Sweet Qismina dan keluarganya kini berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah
Menerusi laman sosial Instagram, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 23, berkongsi sekeping foto pemergiannya untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah, saya telah mendarat di Madinah dan rasa sangat bersyukur. Saya mohon maaf kalau ada silap dan salah.
“Izinkan saya sempurnakan amal Ibadan dan mohon doa daripada anda semua agar dapat dipermudahkan dan melaksanakan umrah yang mabrur, amin,” tulis Sweet menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada para pengikut dan rakan selebriti yang rata-ratanya mendoakan ibadah Sweet diberkati.
Malah, ramai juga yang memuji penampilan cantik pelakon itu yang berwajah polos dan mengenakan tudung labuh sewaktu berada di dalam pesawat.
“Sweet nampak cantik sangat, semoga semunya dipermudahkan ya,” tulis seorang wargamaya.
“Semoga Allah permudahkan perjalanan Sweet dan keluarga pergi dan pulang,” doa seorang wargamaya.
“Ingatkan bidadari mana tadi, cantiknya ciptaan Allah. Semoga Sweet selamat pergi dan balik. Semoga dipermudakan segalanya,” puji seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Sweet mula aktif sebagai pengacara dan pelakon bermula tahun 2004 dan pernah membintangi beberapa filem hit seperti Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Pusaka.
Must-Watch Video