Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ingatkan Dah Finale, Berjemaah Kena 'Scam' Ada Lagi 4 Episod Andai Itu Takdirnya! - "Berlumut Duk Ngadap TV"

Amri Hassan
19/06/2023 09:40 MYT
Scam itu perkara biasa! Peminat drama rantaian popular karya Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya pun dah kena scam minggu lepas.

Ramai yang terpedaya, ingatkan episod terakhir Andai Itu Takdirnya pada hari Khamis lepas, rupa-rupanya masih belum berkesudahan! Ya, ada lagi empat episod berbaki pada minggu ini.



"Kena prank betullah cerita ni," komen seorang pengguna di Twitter.

"Giler kena scam betul, ingat hari ni last episode.

"Ini ker kejutan yang Hannah Delisha dan Shukri Yahaya cakap tu? Memang mind blowing sungguh episod 60 bukan episod last.

"Dah agak dah hari ni bukan episod last. Kena scam betul!

"Dasar! Beriya aku tengok dah macam ngadap drama Korea," demikian tulis beberapa pengguna di sosial media.



Penutupnya, pastilah jangan expect sama seperti novel ya!

Sinopsis Andai Itu Takdirnya

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan dia juga anak kepada seorang tokoh korporat. Aizril sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.

Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya.

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?

Drama Andai Itu Takdirnya dibintangi Shukri Yahaya, Hanna Delisha, Idzham Ismail, Puteri Sarah Liyana, Atikah Suhaime, Fahrin Ahmad, Hariz Hamdan, Dayang Areeda dan ramai lagi.

Saksikan Andai Itu Takdirnya drama adaptasi novel tulisan Siti Rosmizah yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Andai Itu Takdirnya juga boleh distrim di Astro Go.

#Shukri Yahaya #Siti Rosmizah #Hannah Delisha #Scam #Episod #Andai Itu Takdirnya