“Ingatkan Filter Rupanya Betul Wujud” – Ramai Terkejut, Gadis Cantik Ini Memang Kembar Tiga!

Mya Amri
Oktober 16, 2020 03:03 MYT
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video kembar tiga yang sedang menari di aplikasi Tik Tok.
Pada mulanya ramai yang menyangka wanita berkenaan hanya menggunakan teknik suntingan atau pun filter untuk menampakkan efek kembar tiga sewaktu membuat tarian dengan lagu popular berjudul ‘Kopi Dangdut’.
Tidak cukup dengan memiliki wajah yang seiras, mereka juga mengenakan pakaian serba hitam dan menari dengan penuh keseragaman membuatkan ramai mengesyaki wanita itu menggunakan suntingan.
Bagaimanapun, rata-ratanya menyatakan rasa terkejut selepas mengetahui bahawa wanita kembar tiga berkenaan benar-benar wujud!
Tiga adik-beradik cantik bernama Nadiya, Natasya, dan Nabila ini rupanya berasal dari Indonesia.
Malah akaun Tik Tok mereka iaitu @purwakembar juga telah mencapai lebih 400,000 pengikut.
Sehingga kini video viral tiga kembar ini juga telah mendapat lebih 11 juta tontonan.
@purwakembar

?

♬ Kopi Dangdut (Cover) - ??‍♂️
#Tik Tok #Purwakembar