,
Laman Utama

Ingatkan Food Poisoning, Mafarikha Sebenarnya COVID-19 Tahap 5... "Separuh Mati Di Istanbul, Enam Hari Tak Makan, Batuk Keluar Darah"

Amri Hassan
24/10/2022
22:55 MYT
Penyanyi Mafarikha dimasukkan ke wad kritikal di sebuah hospital di Kajang, Selangor akibat dijangkiti virus COVID-19 tahap lima.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Mafarikha, 30, kini disokong oleh alat bantuan pernafasan sehingga benar-benar stabil.
"Hari ini touch down, gerak semalam 23 haribulan, sampai 24 haribulan pagi tadi terus gerak hospital. Memang tak boleh diri lama, kaki kebas rasa nak jatuh je tiap masa atau nak pitam.
"Tapi disebabkan terlalu yakin food poisoning, hospital tu tak ada COVID-19 centre, jadi kenalah pergi Hospital Kajang.
"Masalahnya deria rasa memang ada kalau tak, tak ada maknanya layankan Starbucks beberapa hari sebab nak tenaga.
"Masa pertama kali ke hospital tadi, dia cakap kita positif dah dalam 4-5 hari kemudian bagi ubat. Pergi hospital kerajaan, kelaut kelangit BP semua.
"So far so good je. I said, you cannot die here, not today. Lets Malaysia, here I am. Nak menunggu tarikh balik tu memang tak tengok phone langsung sebab separuh mati.

Bibir pecah, gusi bengkak

"Manalah tak terkejut waktu masuk tahap empat, dah scan lung apa semua tahap lima. Tapi rasa macam dah better lung ni cuma masih ada support. Dia akan turunkan slow-slow nak tengok kita boleh adapt ke tak.
"Tapi memang minum air le banyak manapun tetap rasa macam tak minum. Pecah-pecah bibir, gusi bengkak, gigi semua kasar. Rimaslah sebab kering. Kena stay sini sampailah boleh masuk wad COVID-19 biasa.
"Rasanya kalau tak vaksin lagi hauk kot. Bayangkan 19-24haribulan I boleh bertahan bermodalkan ubat-ubatan apa entah dan Starbucks, no food at all! And the speed to recovery tu macam faster I guess," ceritanya.

Mati-mati ingat food poisoning

Dedah Mafarikha lagi, pada mulanya dia menganggap simptom yang dialaminya ketika di Istanbul, Turki, disebabkan keracunan makanan.
"Ceritanya pada 19 Oktober waktu Turki, mak (saya) mati-mati ingat mak food poisoning dekat satu kedai ni sebab itu je satu-satunya hidangan yang kami tak share.
"Mak penuh yakin sebab mak siap review google kedai tu. Sebab malam 19 haribulan tulah I start menggigil sepanjang malam. Itu satu malam je menggigil.
"Esoknya makan minum tak boleh, mesti muntah walaupun satu hirup! Sebab ZC (suami) tak apa-apa, mak yang macam bit nak mamp*ih, tidur pun tak boleh.
"Kemudian hari makan je tak boleh, air memang paksa telan sebab kalau dak tak ada benda nak dimuntahkan. So that goes on sampailah tarikh nak balik, I bertahan lama dengan ubatan farmasi dekat Istanbul je yang tak ada English langsung tu.

Harap tak berjangkit

"Ini kali kedua masuk hospital ya, pertama 2012 kot. Orang Malaysia kat airport Abu Dhabi semua offer minyak angin. Harap mereka tak berjangkitlah. Baik sangat semua. Malah auntie South Africa kat Istanbul nak bagi cookies tapi kita tolak sebab tak boleh makan, semua benda rasa yek kecuali air," tambahnya.
Untuk rekod, Mafarikha difahamkan ke Turki bersama suaminya Muhammad Zariq Noorulyusaa sejak 13 Oktober lalu. Sehingga artikel ini ditulis, suaminya masih negatif COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar