"Ingatkan Food Poisoning, Tapi..." - Anak Ameera Zaini Masuk Hospital

Zulaikha Yusof
April 7, 2019 04:43 MYT
Personaliti televisyen, Ameera Zaini berkongsi foto anak lelakinya, Mateen di hospital.
Menurut Ameera, Mateen dimasukkan ke hospital akibat gastroenteritis atau dikenali selesema perut.
"My strong boy @littlemateen is diagnosed with gastroenteritis aka stomach flu.
"Probably berjangkit dekat playschool sebab ada 7 kids yang kena.
"Mula-mula Mateen muntah, pastu diarrhoea ingatkan food poisoning rupanya sebab lain.
"We monitor his hydration and bila ada sign of dehydration tu cepat-cepat bawa pergi hospital sebab Mateen muntah everytime makan & minum.
"Hopefully esok Mateen sihat dah. Doakan ya semua. Love you Mateen," tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat mendoakan agar Mateen kembali sihat seperti biasa.
Mateen telah dimasukkan ke Avisena Specialist Hospital untuk pemantauan doktor.
Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen.
#Mateen #Ameera Zaini