HIBURAN

“Ingatkan Kembar Hael Husaini”- Netizen Puji Transformasi Ojen Di GMWA 2024

Ainun 25/02/2025 | 06:55 MYT
Tular satu video di TikTok yang memaparkan pempengaruh dan usahawan, Ojen, membuat penampilan terbaharunya di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024), sekali gus berjaya meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan, penampilan Ojen mendapat pujian kerana dia tampil dengan gaya rambut pendek serta mengenakan sut serba hitam di karpet merah anugerah tersebut.
"Salam 2025, mohon beri laluan founder kunafa aiwahhh nak lalu ni boss," tulisnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka tentang perubahan imej Ojen. Malah, ada juga segelintir yang menyatakan dia kelihatan seperti penyanyi terkenal, Hael Husaini.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Wei kembar Hael Husaini.”
“Ingatkan kembar Hael Husaini… teruskan rambut pendek Ojen… Handsome.”
“Sekali pandang macam Hael Husaini. Dua kali pandang ohh baru nampak Ojen rupanya,” komendari netizen.
#Kembar #Hael Husaini #Ojen