Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

"Ingatkan Kena Godam" - Netizen Panik Selepas Hampir 10 Jam Instagram, WhatsApp & Facebook Bermasalah

Hanafis Haris 04/07/2019 | 05:41 MYT
Selepas hampir 10 jam masalah yang melanda platform sosial media Facebook, WhatsApp dan Instagram, isu berkaitan tiga aplikasi ini akhirnya berjaya diselesaikan.
Masalah yang melanda hampir seluruh dunia itu berlaku sekitar jam 10.30 malam semalam, waktu Malaysia.
Antara fungsi terjejas termasuklah masalah memuat naik gambar, video dan fail di ketiga-tiga aplikasi berkenaan.
Masalah itu sekali gus membuatkan ramai pengguna panik hingga ada diantaranya menganggap aplikasi mereka telah digodam.
Ini antara reaksi pengguna di Twitter dan WhatsApp.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Facebook menerusi satu kenyataan di Twitter memohon maaf dengan isu yang berlaku dan berjanji untuk menyelesaikan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.
"Kami sedar sesetengah pengguna menghadapi masalah untuk memuat naik gambar, video dan fail menerusi tiga aplikasi ini. Kami memohon maaf dengan apa yang telah berlaku dan akan menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin," katanya.
Walaubagaimanapun, masalah dihadapi Facebook kali ini nampak serius apabila mereka mengambil masa hampir 10 jam untuk menyelesaikannya.
"Isu terbabit berjaya diselesaikan dan semua aplikasi boleh diguna 100 peratus oleh semua pengguna." kata Facebook menerusi Twitter pada jam 8.30 pagi tadi.
Untuk makluman, WhatsApp dan Instagram merupakan milik syarikat Facebook.
Sebanyak 4 bilion pengguna seluruh dunia direkodkan menggunakan ketiga-tiga aplikasi ini.
#Instagram #Facebook #Social Media
;