Pelakon Ezzaty Abdullah mengimbas kenangan melahirkan puteri sulungnya Harum Dalia dua tahun lalu.

Menurut Ezzaty, dia terpaksa menantikan kelahiran anaknya itu selama 28 jam di dewan bersalin.

“Dua tahun lepas, pukul 6 petang ibu dah masuk labor room. Ingatkan malam ni nak keluar la anak ibu.Tapi bukaan baru 2 cm.

“Bosan, nervous, tak sabar. Semua ada sampai tak rasa sakit contraction macam orang selalu cerita.

“Ingatkan anak ibu lahir 5 Disember 2017, tapi Lagi 24 jam (10.30pm) baru anak ibu selamat dilahirkan secara normal with induce.

“28 jam ibu dalam labor room tunggu anak ibu,” tulisnya.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos situ berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya beberapa hari sebelum bersalin.

Anak sulungnya telah dilahirkan pada 6 Disember 2017.

Dalam entri terbaharu Ezatty turut berkongsi fotonya ketika di hospital bersama suami menanti kelahirkan anaknya itu.

Pasangan itu bernikah pada 16 Julai 2016 dan hanya dikurniakan seorang cahaya mata.

2 tahun lepas, Pukul 6 ptg ibu dah masuk labor room. Ingatkan malam ni nak keluar la anak ibu. Tp bukaan baru 2 cn. Bosan, nervous, tak sabar. Semua ada sampai tak rasa sakit contraction mcm org selalu cerita. Ingatkan anak ibu lahir 5 Disember 2017, tapi Lagi 24 jam (10.30pm) baru anak ibu selamat dilahirkan secara normal with induce. 28jam ibu dalam labor room tunggu anak ibu. (Gambar ni 3 hari sebelum Harum lahir) #harumturns2

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

2 tahun lepas, (gambar dalam labor room) time macam ni (1030am, 6 Disember) ibu n ayah masih menunggu anak ibu lahir. Contraction masih x rasa byk. Dari pukul 6ptg semalam sampai skrg bukaan baru 3cm. Lagi 12 jam baru anak ibu lahir. #harumturns2 @harumdalia

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on