Anak kedua pengacara Fedtri Yahya, Ahmad Wildan Arjuna, 5, telah selamat menjalani pembedahan 'teeth clearance' semalam.

Biarpun dibedah, kata Fedtri anak lelakinya itu tidak banyak meragam malah meminta makanan kegemarannya selepas selamat prosedur itu.

"Alhamdulillah selesai pembedahan. Dah togel gigi Juna. Ingatkan menangis lepas sedar tadi.. tapi cool dan steady je.

"Cuma dia pelik dan tertanya-tanya apa yang dah jadi.

"Simple request; kinder, vitagen, kuih apam. Disebabkan puasa sejak malam tadi,menangis jugaklah bangun subuh nak air, nak coklat, lapar semua," kongsi Fedtri menerusi akaun media sosialnya.

Alhamdulillah selesai pembedahan. Dah togel gigi Juna ? Ingatkan menangis lepas sedar tadi.. tapi cool & steady je. Cuma dia pelik & tertanya-tanya apa yang dah jadi ? Simple request: kinder, vitagen, KUIH APAM ?... Disebabkan puasa sejak malam tadi,menangis jugaklah bangun subuh nak air, nak coklat, lapar semua... . Terima kasih buat semua petugas Hosp Sg Buloh yang dedikasi dan budiman

A post shared by ????? ?????? ????? (@fedtriyahya) on


Tambah Fedtri pembedahan membuang gigi itu dilakukan kerana kebanyakan gigi anaknya itu sudah kehitam-hitaman dan mengalami jangkitan.

Fedtri juga dinasihatkan oleh pegawai perubatan yang terbabit agar menjaga pemakanan anak-anaknya selepas ini bagi menjaga kesihatan gigi dan mulut.

Malah, ramai antara pengikut akaun media sosial Fedtri tertarik untuk berkongsi pengalaman masing-masing dan bertanyakan prosedur untuk menjalani pembedahan itu.

Tak terlepas juga ada yang melayangkan doa agar Arjuna kembali sihat.

Fedtri dan pasangan Anati Ismail telah berkahwin pada 28 Mei 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, Indah Rauvda Inaara, 2 dan Ahmad Firaas Mevlana, 7 bulan.