Laman Utama
“Ingatkan Raya Je Rupanya Anak Pun Keluar Mengejut” - Anzalna Kongsi Kisah Lucu Bersalin Baby Kedua
Pelakon Anzalna Nasir berkongsi kisah lucu mengenai anak keduanya yang dilahirkan pada Jumaat, 20 Mei lalu.
Menurut Anzalna, tarikh jangkaan bersalin sepatutnya pada 31 Mei namun sudah menjadi rezekinya untuk bertemu anak kedua lebih awal.
“Ingatkan Raya Aidilfitri sahaja mengejut tahun ni, rupanya anak kami pun keluar mengejut. Sepatutnya due date 31/5 dan last check up 20/5 tetapi tiba-tiba…
“Hari check up dia nak keluar terus! Alhamdulillah syukur lahirlah anak kami pada hari Jumaat yang penuh berkah,” tulisnya.
Anzalna berkongsi kisah itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya beserta video pendek anaknya.
Anzalna dan Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang berusia dua tahun.