Hiburan
"Ingatkan Shah Rukh Khan Masak ..." - Jasmin Hamid Selar Restoran Mamak Cekik Darah, Kedekut Sotong!
Pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila dikenakan bayaran makanan yang tidak berbaloi oleh sebuah restoran.
Jelas Jasmin, dia membuat pesanan sepinggan maggi goreng sotong berharga RM9.20 namun hanya dua ekor sotong sahaja yang diberi pada mulanya.
Namun selepas dia bertindak membuat aduan, maggi gorengnya ditambah lagi kepada lima ekor sotong tetapi telah dipotong kecil.
Dalam pada itu, Jasmin akui pernah mendengar komen mengenai restoran itu sebelum ini dan bertegas tidak akan berkunjung lagi ke situ.
Rata-rata pengikut Jasmin di Instagram (IG) tidak bersetuju dengan harga yang telah dikenakan malah ada yang sudah lama memboikot restoran tersebut.
Must-Watch Video