Penyampai radio Sharifah Shahirah mencuri perhatian wargamaya apabila mencari akaun Instagram (IG) pelakon kacak asal Jepun, Takeshi Kaneshiro.

Menerusi laman sosial IG, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 46, berkongsi akaun IG Takeshi yang dijumpainya untuk tatapan umum.

“Aku bosan-bosan, carilah IG Takeshi ni. Jumpa la, akhirnya.

Aku bosan bosan cari ig takeshi ni....jumpa laaa....akhirnya Betuah nye budak..nak follow sangat selak laa sebelah Baik like... follow gambor melati...untung2 dia kawan kita..ye dok Takpelaa selak muka laki balik

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

“Bertuahnya punya budak. Nak follow sangat, selak la sebelah. Takpe la, selak muka laki balik,” tulis Shiera sebagai kapsyen.

Menerusi hasil akaun IG Takeshi yang dijumpai, menunjukkan seorang remaja lelaki yang menetap di Shah Alam.

Remaja tersebut menggunakan nama Takeshi Kaneshiro sebagai nama IG dan juga akaun Facebooknya.

Terpedaya dengan akaun palsu Takeshi, ramai wargamaya yang turut terhibur dengan hasil carian Shiera.

“Hmm sedih, baru aku nak follow. Semangat ingatkan Takeshi betul,” komen seorang wargamaya.

“Menyesal aku swipe left!” kata seorang wargamaya.

“Baru ingat nak follow sekali alahai Takeshinya!” ujar seorang wargamaya.

“Sampai hati kak Shiera mempermainkan perasaan kita. Dah lama kita cari IG Takeshi huhu,” usik seorang wargamaya lagi.

Perkongsian tersebut telah menerima hampir 3,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Takeshi Kaneshiro merupakan pelakon berdarah campuran Jepun dan Taiwan.

Antara naskhah filemnya yang terkenal di Malaysia adalah Perhaps Love, K-20: Legend Of The Mask dan banyak lagi.