“Stressnya!”, demikian keluhan yang sering kita dengar daripada kebanyakan orang yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Ramai orang beranggapan bahawa sekiranya berdepan masalah kulit berminyak dan berjerawat, mereka harus melangkau penggunaan pelembab. Ini kerana, mereka khuatir sekiranya terus menggunakan pelembap bakal memburukkan lagi keadaan kulit muka.

Tanggapan itu tidak tepat! Satu perkara yang ada perlu tahu adalah penggunaan pelembab sebenarnya berfungsi membantu mengelakkan kulit berjerawat. Malah jika anda tidak menggunakan pelembab, kulit akan cepat mengering dan mengelupas sehingga menyebabkan lebih banyak jerawat.

Itulah sebabnya penting untuk kulit berminyak atau berjerawat dilembabkan dengan betul oleh pelembab yang tepat. Ini kerana penggunaan pelembab yang betul akan membantu mengimbangi air dan minyak dalam kulit untuk kekal yang sihat dan bersih.

Justeru, anda berada di tempat yang betul untuk mencari pelembab yang tepat bagi atasi masalah berkenaan. Sudah tentu masalah tersebut mampu diatasi dengan penggunaan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control!

Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control

Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control yang terdiri daripada Foaming Wash, Losyen dan yang terbaharu Gel, dimana kesemuanya akan membantu melawan jerawat dan memulihkan keseimbangan air dan minyak semulajadi pada kulit anda serta melindunginya daripada bahaya luar.

Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control turut mengandungi bahan ‘ajaib’ seperti Asid Hyaluronik dan ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan Chamomile, yang mana Ia juga membantu melawan jeragat, melegakan kemerahan dan menghidratkan kulit.

3 Langkah penggunaan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control

Untuk mendapatkan keberkesanan yang lebih cepat, jom ikuti tiga langkah mudah dengan penggunaan tiga produk rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control dibawah:

Langkah 1: Hada Labo Blemish & Oil Control Foaming Wash



Cucian ini membantu menghidrat, menenangkan dan memulihkan keseimbangan air dan minyak semulajadi pada kulit dengan setiap cucian. Foaming Wash juga membantu pembersihan menyeluruh tanpa mengeringkan kulit.

Foaming Wash Mengandungi ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan bunga Chamomile untuk menangani pori-pori besar, jerawat, kekasaran, kemerahan dan kekusaman wajah. Terus buat kulit anda rasa segar!

Langkah 2: Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion



Losyen ini ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi dan Asid Hyaluronik untuk melawan jeragat dan memulihkan keseimbangan minyak dan air untuk kulit yang sihat dan cantik.

Malah losyen ini juga mempunyai fungsi 2-in-1 iaitu mampu mengawal jeragat dan minyak serta menghidratkan kulit.

Menariknya pada losyen ini adalah ia mengandungi ekstrak Hatomugi, Houttuynia Cordata dan Bunga Chamomile untuk melawan jeragat, meredakan kemerahan dan menenangkan kulit yang merengsa.

Malah ia turut mengandungi Asid Hyaluronik untuk mengunci, menyimpan dan menambah lembapan untuk kulit yang lembut, licin dan anjal. Macam kulit baby kalau anda guna losyen ini!

Langkah 3: Terbaharu! Hada Labo Blemish & Oil Control Gel



Tidak lengkap langkah penjagaan masalah kulit berminyak dan berjerawat jika anda tidak menggunakan produk terbaharu iaitu Hada Labo Blemish & Oil Control Gel! Gel ini memang lain daripada yang lain.

Pelembab tekstur gel ini amat menyegarkan, tidak melekit, licin dan mudah diserap. Tekstur gel yang ringan memberikan penyerapan segera ke dalam kulit, menjadikan kulit segar dengan rasa tidak melekit.

Menariknya lagi, Gel ini diekstrak daripada barli mutiara asli, ekstrak Hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella Asiatica, Houttuynia Cordata dan ekstrak Bunga Chamomile untuk membantu dalam mengurangkan cela dan menenangkan kulit yang merengsa untuk memastikan kulit bersih dan sihat.

Malah ia turut mengandungi Asid Hyaluronik berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah lembapan untuk kulit yang lembut, licin dan anjal.

Paling penting, ia boleh membantu mengurangkan jerawat, melegakan kerengsaan kulit, menghidrat dan memulihkan kesihatan kulit serta mengimbangi pH kulit anda. Paling best bebas daripada pewangi, minyak mineral dan pewarna tiruan.

Cara penggunaannya pula amat mudah. Pertama anda hanya perlu gunakan dua kali sehari selepas Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion. Kemudian ambil jumlah secukupnya dan sapu rata pada muka dan leher.

Seterusnya urut dan tepuk perlahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit. Senang je guys, tak susah pun nak dapat kulit lawa dan bersih!

Sekarang anda dah jumpa formula sebenar menenangkan “Skin SOS” yang sempurna untuk kulit berminyak dan berjerawat. Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control tersedia di semua rangkaian farmasi utama! Kalau lambat jangan menyesal!

Jadi tunggu apa lagi, baca kebaikan dan manfaat rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control pun dah jatuh cinta apatah lagi jika menggunakannya. Memang semakin glowing kulit anda selepas ini. Kulit bebas minyak dan berjerawat!

Untuk maklumat lanjut layari Hada Labo Malaysia dan ikuti laman sosial Facebook MY Hada Labo | Facebook .