Alami percutian hebat di beberapa pulau serta pantai yang amat mengasyikkan. Tidak percaya? Namun itulah apa yang kami mampu berikan. Inilah peluang anda untuk bergambar sinaran ciuman matahari sambil bergaya dengan pakaian santai bersama, cermin mata hitam dan 1,2 posed!

Australia!! Bayangkan yang anda boleh memegang dan berada dekat dengan beruang koala, kanggaru dan burung penguin di Pulau Phillip atau berada di Adelaide sambil menikmati pengalaman yang pertama di Pulau Kanggaru sungguh mengujakan bukan?

Selama 4 Hari 3 Malam di Pulau Phillip anda akan dibawa berkunjung ke Rumah Inap Warrook untuk merasai pengalaman minum petang di sana. Selain berada dekat dengan haiwan yang menjadi ikon kepada negara ini, anda juga berpeluang memberi makan kepada kanggaru tersebut.

Terdapat sebuah jambatan kira-kira sepanjang 640 meter yang menghubungkan pulau ini dengan San Remo, sebuah tempat yang terkenal dengan tarikan kaki pancing di sekitar penduduk di situ. Udara laut yang segar menarik anda menjengah mata ke Western Port dan Pulau French yang pastinya menjanjikan sebuah permandangan yang cukup indah.

Phillip Island Nature Park yang dibangunkan pada tahun 1996 merupakan sebuah penempatan habitat semulajadi untuk beruang koala, anjing laut, spesis burung shearwater dan anak penguin. Sekiranya kunjungan anda ke sini pada musim yang tepat, anda juga berpeluang untuk melihat kehidupan pelbagai spesis burung di Pulau Wetlands.

Terokai pengembaraan berjalan di atas laluan kayu sambil memerhati koala dengan lebih dekat di atas pokok dan mengenali habitat semulajadi mereka. Koala Conservation Centre adalah hutan semulajadi untuk spesis selain koala antaranya ialah walabi, echidnas dan kelawar. Pusat konservasi ini menyajikan pengalaman yang menarik dan anda akan mengagumi corak kehidupan dan habitat haiwan ini.

Kelincahan burung akuatik berjalan pasti mencuit hati sesiapa sahaja yang melihat sekumpulan penguin berkumpul di Pantai Summerland dari kawasan tontonan umum dan anda juga akan dibawa ke The Nobbies untuk menyaksikan sendiri rumah-rumah yang dibina untuk penguin kecil terutamanya pada musim panas. Anda berpeluang mempelajari dengan lebih terperinci mengenai kehidupan penguin, dengan lebih mendalam di Pusat Pelawat.

Perjalanan ke sekitar bandar Melbourne disediakan secara percuma. Untungnya! Menjelajah ke kawasan yang menjadi daya tarikan utama di sini ialah perkampungan Cook, iaitu berkunjung ke rumah asal keluarga Kapten James Cook, melawat pasar Queen Victoria, Taman Fitzroy dan Taman Albert.

Anda juga dapat berpeluang mengambil angin di sekitar Royal Botanic Garden dan melihat dengan lebih dekat kesenian bangunan di Royal Exhibition Buildings yang disenaraikan sebagai salah satu kawasan khazanah dunia oleh UNESCO yang mengekalkan peninggalan seni bina bangunan abad ke-19 yang masih lagi terjaga.

Selain itu, anda juga akan dibawa melawat ke tapak tugu peringatan dan sekitar kawasan di pantai Southbank. Tidak ketinggalan juga anda akan menikmati kehalusan seni bina gereja St. Paul dan Panggung Princess and Regent.

Inginkan percutian yang lebih lama? Pakej 5 Hari 4 Malam ke Adelaide dan Pulau Kanggaru disediakan khas untuk anda yang ingin menghabiskan pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan.

Sepanjang berada di Adelaide, percutian anda dimulakan dengan perjalanan di sepanjang Cape Jervis. Anda pastinya akan terpesona dengan keindahan semenanjung Fleurieu sewaktu belayar dalam perjalanan Cape Jervis dan anda juga berpeluang melawat ke Pulau Kanggaru.

Sekiranya percutian anda tidak terlalu klise dan banyak waktu hanya dihabiskan dengan membeli belah, anda boleh menyertai lawatan ke Emu Ridge Eucalyptus Distillery untuk mengetahui sejarah awal proses penyulingan minyak.

Hidangan makan tengah hari dengan gaya negara Aussie di Vivonne Bay Bistro dengan suasana luar bandar pasti memberi kelainan pada percutian anda pada kali ini. Setelah menikmati hidangan tengah hari yang penuh class, anda boleh berjalan dan bersiar-siar bersama anjing laut di pantai Seal Bay yang menempatkan lebih 500 ekor singa laut Australia.

Bukan selalu pengalaman ini terjadi dalam hidup anda. Di Raptor Domain pula anda akan dapat menyaksikan burung-burung yang berterbangan mencari mangsa secara langsung.

Pengalaman memberi makan kepada kanggaru dan walabi, ular, buaya dan reptilia yang lain anda boleh alami di Kangaroo Island Wildlife Park. Mercure KI adalah pilihan yang tepat untuk merehatkan dan memanjakan diri anda setelah mengembara ke pelbagai tempat.

Banyak lagi tempat yang anda boleh pilih sebagai destinasi pilihan untuk dimasukkan ke dalam senarai percutian sempurna anda di Adelaide.

Ladang madu Clfford untuk menikmati aiskrim madu yang unik, merasai makanan lazat di cafe Hanson Bay Visitor Centre untuk makan tengah hari, melawat ke Flinders Chase National Park yang merupakan sebuah kawasan hutan yang belum diterokai, menyaksikan pelbagai bentuk batu yang mengagumkan di Remarkable Rocks dan melihat spesis anjing laut berbulu New Zealand. Kesemua lokasi menarik ini menanti anda disaat anda menjejakkan kaki ke Adelaide.

Di sini dikongsikan kelebihan yang akan anda peroleh sekiranya memilih Australia sebagai destinasi pelancongan :

• Potongan 50% Untuk Pasangan Kedua
• Diskaun RM 200 Untuk Pelanggan Kedua
• PERCUMA Perjalanan Jelajah Bandar





Terbang secara percuma ke "THE RESIDENCE MALDIVES" (KUL/MLE/KUL) tidak termasuk cukai penerbangan. Terhad kepada 5 pasangan terawal sahaja.



Mewahkan percutian tahun 2019 anda ke pulau yang menjadi kegilaan netizen di sosial media tentang kecantikan air laut yang memukau setiap pandangan mata. Anda yang mahu feeling-feeling seperti percutian peribadi ala artis Hollywood apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang untuk rebut peluang ini dan penuhkan jadual percutian anda.



Antara jenis pakej yang ditawarkan kepada pengunjung mengikut tempat penginapan adalah :

Penginapan di Centara Ras Fushi 4 Hari 3 Malam
• Bermula RM 2840

Penginapan di Angsana Velavaru 4 Hari 3 Malam
• Bermula RM 4450
• Penginapan Kanak-Kanak & Makanan Percuma
• Naik Taraf Pakej Penuh
• 2 x Spa Urut Selama 45 Minit
• 1 x Pengalaman Sunset Cruise & Lawatan Snorkeling Setiap Hari Di Dalam Rumah

Penginapan di Centara Grand 4 Hari 3 Malam
• Bermula RM 4510
• Penginapan Kanak-Kanak & Makanan Percuma
• 5 x Perjalanan Lawatan
• 1 x Spa Urut

Penginapan di The Residence, Falhumaaushi 4 Hari 3 Malam
• Bermula RM 4650
• Penginapan Kanak-Kanak & Makanan Percuma
• Naik Taraf Bilik
• Naik Taraf Pakej Penuh
• 1 x Urutan Leher & Bahu

Penginapan di Kediaman Falhumaafushi 5 Hari 4 Malam
• Bermula RM 6250
• Naik Taraf Bilik
• Sarapan Pagi Di Villa Terapung



Bangkitkan aura positif anda dengan bercuti ke Bali, Indonesia dengan harga bermula RM 1594 untuk 4 Hari 3 Malam dan dapatkan potongan jimat sehingga 40% apabila anda membuat panggilan tempahan.

Potongan RM 400 dan baucar membeli belah bernilai RM 1000 akan diberikan kepada pasangan bertuah yang membuat tempahan.



Krabi - Thailand sering menjadi destinasi pilihan masa kini untuk percutian yang singkat. Pakej 4 Hari 3 Malam di Krabi pastinya meninggalkan kenangan yang menyeronokkan.

Dapatkan perjalanan menjelajah ke empat destinasi pulau yang berlainan dengan menaiki bot panjang pada harga mampu milik!

Hubungi kami di talian 03-2148 4566 atau layari laman sesawang www.seduniamattafair.com untuk hebahan lanjut dan biarkan kami merealisasikan percutian anda “Like A Boss”.