Ingin Cari Jodoh, Ini Kriteria Diinginkan Datuk Seri Vida

Rozaimi Zubaidi
Julai 17, 2018 04:45 MYT
Bercerai sebanyak tiga kali tidak menghalang usahawan berjaya, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida untuk terus mencari teman hidup.
Menerusi entri di Instagram, Datuk Vida menginginkan calon suami yang mempunyai perniagaan sendiri.
"Sapa yang bakal jadi partner hidup saya? Cuba cari jodoh untuk saya.
"Tag kawan yang ada business, kacak, kaya, baik hati, ikhlas, jujur dan tidak kempunan harta orang. Boleh?," tulisnya.
Rata-rata pengikut, Datuk Vida mendoakannya agar segera bertemu jodoh dan dapat seorang suami yang boleh membimbing keluarga.
"@chintahiyee: Carilah yang boleh membimbing, tak kaya pun takpa. Semoga betemu jodoh yang baik."
"@eyraameera: Semoga Datuk jumpa seseorang yang boleh memberikan kebahagiaan. Cuma nak pesan jangan cari yang nak kan harta sahaja."
"@fizza_fza: Datuk semua dah ada. Agama, anak, harta, cuma jodoh sentiasa jadi dugaan buat datuk. Harap jodoh datuk kali ni berkekalan dan bahagia. Amin, Semoga Allah permudahkan ye."
"@einblues77: Hahahahah. Tak kempunan harta orang tu yang tak boleh belah. Semoga bertemu jodoh yang baik-baik dan kekal selamanya."
Sementara itu, jangan lupa untuk menyaksikan kemunculan istimewa Datuk Vida dalam filem sekuel terbaru arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah yang akan menjengah pawagam pada 9 Ogos nanti.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram DSV
#Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #DSV