Hiburan
Ingin Disemadi Sebelah Kubur Ashraf, Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad Dengan Harga RM75,000
Pemergian aktor Ashraf Sinclair sangat memberi kesan yang besar kepada ramai orang terutama isterinya, aktres terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy, BCL bukan saja menempah liang lahad untuk arwah Ashraf malah untuk dirinya jua.
"Benar, BCL minta mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia," katanya kepada detik.com.
Malah, pada awalnya pihak San Diego Hills menawarkan kawasan liang lahat yang lain namun ditolak oleh BCL.
"Beliau tak mahu 'single'. Dia mahu berdampingan dengan suaminya.
"Pengurusnya, Doddy yang menghubungi saya dan menempah dengan harga RM75,000," katanya lagi.
Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Allahyarham meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10.
Sumber: Detik.com
Must-Watch Video