Laman Utama

Ingin Menangi Wang Tunai Dengan Mudah? Jom Sertai Peraduan Radio ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN sekarang!

Shahrin Zulkifle
22/02/2023
12:00 MYT

Berita baik untuk semua pendengar radio Astro! Kini anda berpeluang untuk memenangi wang tunai hingga beratus ringgit.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu menyertai peraduan yang dianjurkan oleh mana-mana radio Astro iaitu ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN.

Jom kami kongsikan kepada anda antara peraduan menarik yang ada beserta jumlah wang yang bakal dimenangi dan syaratnya sekali.

#1. ERA: Lirik Petik ERA

Pendengar ERA hanya perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara diumumkan.

Kemudian, peserta perlu meneka tajuk lagu berdasarkan klip bunyi yang dimanikan oleh personaliti ERA. Pembayang kepada jawapan sebenar akan disediakan di Instagram ERA.

Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM150.

Peraduan bermula hari ini hingga 3 Mac 2023.

Dapatkan maklumat tentang ‘Lirik Petik ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

#2.SINAR: Korus SINAR

Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

Kemudian, mereka perlu memilih penyanyi daripada dua pilihan yang dikongsikan oleh SINAR di platform media sosial dan nyanyikan bahagian korus daripada lagu yang diminta oleh personaliti SINAR.

Peserta yang berjaya menyanyikan bahagian korus mengikut permintaan personaliti SINAR akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150 pada setiap pusingan.

Peraduan bermula hari ini hingga 3 Mac 2023.

Dapatkan maklumat tentang ‘Korus SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

#3. GEGAR: Gelak GEGAR

Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

Kemudian pendegar perlu meneka suara selebriti yang bergelak ketawa dari audio yang dimainkan oleh personaliti SINAR.

Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram dan Facebook rasmi GEGAR.

Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM100.

Peraduan bermula dari 26 Februari hingga 13 Mac 2023.

Dapatkan maklumat tentang ‘Gelak GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

#4. ZAYAN: FBI Buat Apa?

Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

Teka perbuatan yang dilakukan oleh FBI, personaliti ZAYAN, mengikut gambar yang dimuat naik menerusi Instagram dan Facebook ZAYAN.

Peraduan bermula sekarang hingga 3 Mac 2023.

Setiap tekaan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200 dan wang tunai akan dibawa ke pusingan seterusnya, jika jawapan yang diberikan adalah salah.

Dapatkan maklumat tentang ‘FBI Buat Apa?’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Sukan

Ikuti Perjuangan & Misi Emas Negara Di Olimpik Paris 2024 Di Semua Platfom Astro! Setiap Aksi, Tak Kira Masa Atau Di Mana Jua

gempak
17/07/2024
07:11 MYT
Bagi meraikan kegemilangan atlit negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD).
goldmovie

#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

gempak
15/07/2024
13:25 MYT
Pelakon watak Cheah Liek Hou, Jack Tan menyatakan bahawa atlet badminton paralimpik tersebut berasa gembira dengan kejayaan watak yang dibawakan.
goldmovie

#Gold: “Banyak Babak Menyentuh Hati” - Pengarah Chiu Dao Anggap Filem Gold Mengharukan & Wajib Ditonton

gempak
13/07/2024
12:05 MYT
Menceritakan tentang pengorbanan dan usaha dalam mengecapi kejayaan, filem Gold berjaya meraih perhatian pengarah yang terkenal dengan karya-karya menyentuh hati, Chiu Dao.
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.