Ini 10 Senarai Filem Keluarga Yang Wajib Tonton!

Zulaikha Yusof
April 21, 2020 01:34 MYT
Setiap tahun menyaksikan kemeriahan industri perfileman yang mencuri perhatian ramai pihak.
Salah satu genre filem yang ditunggu adalah yang bertemakan kekeluargaan yang sesuai ditonton terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini Gempak senaraikan filem dengan tema keluarga yang ditonton bersama tersayang:
1. Home Alone
Filem ini merupakan keluaran pertama dari serial Home Alone yang ditayang pada 16 November 1990.
Filem sekuel yang bergenre komedi ini dibintangi oleh Macaulay Culkin sebagai Kevin McCallister, John Head sebagai ayah Kevin, Catherine O’Hara sebagai ibu Kevin, Devin Ratray sebagai kakak Kevin, Joe Pesci, dan Daniel Stern sebagai pencuri.
2. Papadom
Filem arahan Afdlin Shauki mengisahkan suami yang merupakan seorang pengusaha kedai makan terlalu kuat bekerja untuk berjaya mengejar impian hidupnya.
Namun, dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada seorang anak perempuan.
3. Kabhi Kushi Kabhi Gham
Filem yang ditayang pada tahun 2001 ini dibintangi Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor dan Rani Mukerji.
Lagu, tarian dan dialog mereka masih diingati hingga kini oleh sebab itu menjadi salah satu kesukaan peminat di Malaysia.
4. Pete's Dragon
Para pencinta Disney, are you ready for more magic?
Fokus utama filem yang ditayang pada tahun 2016 adalah hubungan akrab antara Pete lakonan Oakes Fegley dan seekor naga bernama Elliott.
5. Hello Ghost
Filem korea ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sang-Man yang hidup sebatang kara. Kerana hidupnya terlalu menyedihkan, dia telah cuba untuk membunuh diri sebanyak beberapa kali namun gagal.
Ketika percubaan terakhirnya gagal, Sang-Man telah mendapat kuasa untuk melihat hantu.
Keempat-empat hantu tersebut adalah empa orang ahli keluarga yang mati secara tragis semasa San-Man masih kecil.
6. Piku
Piku ialah sebuah filem komedi-drama India 2015 arahan Shoojit Sircar. Filem ini dibintangi oleh Deepika Padukone sebagai protagonis utama, Amitabh Bachchan, Irrfan Khan, Moushumi Chatterjee dan Jishu Sengupta.
7. Bisik Pada Langit
Filem ini berlatar belakangkan sebuah keluarga yang terdiri dari emak, ayah, dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Jalan filem ini sangat menzahirkan realiti masyarakat kita. Filem ini bukan setakat cerita cinta biasa tetapi cerita kekeluargaa yang sangat menggambarkan realiti kehidupan suasana di kampung.
8. The Incredibles 2
Filem arahan Brad Bird ini menceritakan mengenai sebuah keluarga yang mempunyai super power.
Mereka dipaksa untuk menyembunyikan kekuatan yang mereka miliki dan hidup sebagai manusia normal. Dalam masa yang sama mereka terpaksa menyelamatkan dunia dari kuasa jahat.
9. Crazy Rich Asians
Filem yang menjadi bualan ramai orang ini menceritakan kisah seorang wanita Cina New York yang merupakan profesor di sebuah universiti, Rachel Wu (Constance Wu).
Dia mempunyai kekasih bernama Nick Young (Henry Golding) yang juga profesor di universiti yang sama, tetapi tidak begitu mengetahui latar belakang. Sehingga akhirnya Nick mengajak Rachel pulang ke Singapura, menghadiri majlis perkahwinan rakannya.
Dari sinilah hidup Rachel mendadak berubah. Dia baru tahu kalau Nick berasal dari keluarga terkaya di Singapura.
10. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI)
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Apapun, jangan lupa menyaksikan keunikan karakter setiap ahli keluarga Narendra dalam NKCTHI di saluran 480 bermula 23 April ini.
Secara eksklusif, Astro Shaw membawakan NKCTHI terus ke rumah anda dari pawagam.
Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan penggiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Indonesia #NKCTHI #Filem Keluarga