Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

Mesti ada yang tertanya-tanya atau buntu aktiviti apa yang boleh dilakukan sepanjang berada di rumah. Faham.. Dah sebulan lebih kita terperap..

Salah satu yang anda boleh lakukan adalah menonton filem. Ia tidak menggunakan kudrat yang banyak selain badan juga tidak akan cepat berasa letih.

Di sini, Gempak sajikan beberapa buah filem di Astro Best yang boleh menemani anda sepanjang menjalankan ibadah puasa:

1. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI)



NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

2. Rock 4: Rockers Never Dai



Rock 4: Rockers Never Dai merupakan filem komedi muzikal Malaysia 2020 arahan Mamat Khalid.

Ia menceritakan sekali lagi aksi muzik rock kumpulan Rimba Bara, yang kini kembali hangat dengan nama Rimba Bara 2 serta ahli baru.

3. Ejen Ali: The Movie



Ejen Ali: The Movie ialah filem animasi perisik Malaysia 2019.

Filem ini mengikuti misi ejen Ali kini yang perlu rungkai misteri teknologi yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada agensinya MATA.

4. M4M4



M4M4 ialah sebuah filem seram Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman dengan skrip oleh Faten Syamimie.

Ia mengisahkan dua beranak iaitu Alya dan ibunya, Aini hidup tenteram di rumah kecil mereka, namun apabila mereka diganggu tiga lelaki, pelbagai tragedi menimpa.

5. Mafia: Chapter 1



Mafia: Chapter 1 adalah filem aksi berbahasa India 2020 yang diarahkan oleh Karthick Naren dan dihasilkan oleh Allirajah Subaskaran di bawah panji-panji Lyca Productions.

Filem yang dibintangi Arun Vijay dan Priya Bhavani Shankar dalam peranan utama dengan Prasanna sebagai antagonis.



Apapun, jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.

Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.