Apabila disebut OnlyFans, pasti ramai dalam kalangan pengguna internet ‘memahami’ kandungan jenis bagaimana yang selalu ditawarkan oleh pencipta kandungan (content creator) platform berkenaan.

Sungguhpun ia sering dikaitkan dengan kandungan untuk golongan dewasa, namun, percaya atau tidak, content creator OnlyFans yang menerima bayaran tertinggi bukanlah seorang bintang porno, malah bergelar selebriti terkemuka.

Lebih mengejutkan, empat daripada lima pencipta kandungan OnlyFans yang menerima bayaran tertinggi merupakan mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang hiburan.

Ingin tahu siapakah yang berada di tangga teratas? Jom semak!

5. Pia Mia
Pemilik nama penuh Pia Mia Perez ini merupakan seorang penyanyi, penari, pelakon dan tentulah pencipta kandungan OnlyFans. Memiliki 6.2 juta pengikut, dikatakan Pia Mia meraih sekitar AS$2.22 juta (RM10.45 juta) sebulan.



4. Mia Khalifa
Bekas model kamera web dan pelakon filem untuk golongan dewasa, Mia Khalifa menonjol menerusi struktur harga yang fleksibel sehingga boleh mengumpulkan sekitar A$6.42 juta (RM30.22 juta) setiap bulan. Transisi daripada industri filem dewasa kepada kuasa kandungan digital di OnlyFans telah menjadikan kandungannya dapat ditonton lebih mudah oleh peminat di seluruh dunia​.

3.Tyga
Di tangga ketiga, penyanyi rap, Tyga menjadi satu-satunya selebriti lelaki meraih pendapatan tertinggi, dengan anggaran pendapatan AS$7.69 juta (RM36.20 juta) sebulan. Idea membuka akaun di OnlyFans tercetus sejurus selepas gambar bogelnya bocor di internet.



2. Bella Thorne
Bekas bintang Disney, Bella Thorne merupakan antara selebriti popular yang menjadikan OnlyFans sebagai salah sebuah platform untuk berinteraksi dengan peminatnya. Difahamkan, mereka yang ingin melanggan akaun Bella perlu membayar AS$9.99 (RM47.03) sebulan. Sungguhpun begitu, Bella tidak pernah memuat naik kandungan lucah tanpa pakaian. Namun, Bella kerap membalas DM yang diterima daripada peminat. Daripada OnlyFans, Bella mampu meraih sekitar AS$11 juta (RM51.78) sebulan.

1. Cardi B
Menduduki tempat pertama, penyanyi rap Cardi B. Penyanyi lagu WAP ini telah mengukir kelompok audiens tersendiri di OnlyFans dengan pendapatan bulanan yang mengagumkan sebanyak AS$9.34 juta (RM43.97).



Dengan lebih 101 juta pengikut Instagram, Cardi B menggunakan platform tersebut untuk berkongsi rakaman di sebalik tabir dan coretan peribadi dengan peminat, membuktikan bahawa siaran yang jarang dilakukan pun boleh membawa kepada kejayaan besar apabila seseorang itu mempunyai pengikut media sosial yang ketara​.

Sumber: NeedToKnow