Bagi penggemar francais filem Star Wars, sudah pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton siri Obi-Wan Kenobi yang kini sudah boleh distrim di Disney+ Hotstar.

Hadir dengan enam episod, Obi-Wan Kenobi berkisarkan tentang Obi Wan Kenobi lakonan Ewan McGregor) yang memutuskan untuk mengasingkan diri selepas anak didiknya, Anakin Skywalker (Hayden Christensen) berubah dari Pahlawan Jedi menjadi kaum Sith.

Sebelum anda menonton kesemua episod Obi-Wan Kenobi di Disney+ Hotstar, apa kata semak dahulu beberapa fakta menarik tentang siri ini:

Psikologi
Pengarahnya, Deborah Chow memberitahu bahawa Obi-Wan Kenobi digarap seperti filem Logan atau Joker, yang membuatkan penonton mendalami sisi psikologi watak utamanya. “ sisi psikologis sang tokoh utama akan ditelusuri hingga mendalam. "Sangat menyeronokkan apabila kita dapat mengambil satu watak tertentu daripada francais besar dan mendalaminya,” kata Deborah dalam sebuah sidang media.

Latar masa
Obi Wan Kenobi mengambil latar masa yang tepat setelah filem Revenge of the Sith. Ketika itu, Obi Wan dan Jedi menjadi pelarian Kekaisaran.

Antagonis
Menerusi dua episod pertama, sosok Reva lakonan Moses Ingram menjadi watak antagonis yang mencuri perhatian. Tidak hanya wataknya digambarkan sangat berbahaya, namun, obsesinya yang sangat menebal terhadap Obi Wan.

Tokoh ikonik
Watak Owen Lars lakonan Joel Edgerton juga bakal menjadi salah satu watak penting dalam siri ini. Watak tersebut merupakan watak yang membesaerkan tokoh ikonik dalam semesta Star Wars iaitu Luke Skywalker.

Muram
Pada awalnya, Obi Wan digambarkan sebagai sangat muram dan karakter yang penuh dengan beban menerusi siri ini. Hal tersebut pastinya mengundang rasa penasaran dalam kalangan penonton kerana menerusi film Star Wars A New Hope, watak Obi Wan digambarkan sebagai melucukan.

Darth Vader
Salah satu babak yang dinantikan oleh penggemar Star Wars sudah tentulah kemunculan Darth Vader. Selain itu, Obi Wan Kenobi bakal menjadi sebuah penambahan sekaligus mengembangkan lagi mitologi Star Wars sebelum menyambut trilogi baharu yang dikhabarkan bakal disutradarai oleh Taika Waititi.