Laman Utama

“Ini Adalah Buku Yang Harus Dibaca Oleh Semua Rakyat Malaysia Yang Mengambil Berat Tentang Negara…” – Antara Komen Kepada ‘What’s In A Name’.

gempak
Fiza Kamarudin
07/11/2021
11:49 MYT
Sponsor Banner
“Ini Adalah Buku Yang Harus Dibaca Oleh Semua Rakyat Malaysia Yang Mengambil Berat Tentang Negara…” – Antara Komen Kepada ‘What’s In A Name’.
Bakal dilancarkan secara rasmi bermula 8 November ini, buku pertama Datuk Seri Nazir Razak, ‘What’s In A Name’ sudah mula menerima komen positif.
Antara komen dan kata-kata sokongan yang diberikan ialah daripada:
Tun Musa Hitam, Mantan Timbalan Perdana Menteri : "Hampir tiada siapa yang bersemangat dan berazam seperti Nazir untuk merealisasikan ideanya untuk membawa Malaysia ke hadapan. Buku ini patut diberi galakan dan sokongan."
Tan Sri Andrew Sheng, Pengerusi, Institut Pengajian Terbuka dan Lanjutan George Town, Universiti Terbuka Wawasan, Penang, mantan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan (SFC), Hong Kong: “Ini adalah buku yang perlu ditulis dan harus dibaca oleh semua rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang negara.”
Tan Sri Azman Mokhtar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional Berhad: “Apa ada disebalik nama? Dalam tradisi Melayu dan Islam, nama anak merupakan doa ibubapa. Mohamed Nazir bermaksud pengawas ataupun pemberi amaran dan buku ini mungkin menepati kedua-duanya sekali. Kita patut ambil ikhtibar.”
Dato’ Lim Chee Wee, Bekas Presiden Majlis Peguam Negara: “Saya tidak boleh dan tidak mahu meletakkan buku ini apabila mula membaca…Saya mengesyorkan buku ini kepada setiap orang yang berminat tentang Malaysia.”
Dato Hussamuddin Yaacub, Penerbit, Kumpulan Sinar Harian / Karangkraf: "Buku ini merupakan rujukan karya agung tentang nilai-nilai korporate dan pentadbiran yang baik...Bacaan yang cukup memukau.
Profesor Ngaire Woods, Dekan, Blavatnik School of Government, University of Oxford: Bank terbesar Malaysia sedang dibina. Perjalanan Nazir serta apa yang telah dipelajarinya begitu peribadi sekali, dan juga mempunyai implikasi terhadap negara."
Sementara itu, Nazir mengucapkan terima kasih kepada sokongan yang diberikan.
“Saya berbesar hati yang cetakan pertama buku ini telah pun dibaca dan mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia daripada pelbagai generasi dan latar belakang.
“Saya berbesar hati melancarkan buku pertama saya bertajuk, “What’s in a Name”. Bermula November 8, buku ini boleh didapati di kebanyakan kedai buku utama dan mereka yang telah membuat pra-tempahan dalam talian mula menerima salinan masing-masing,” katanya.
Buku ‘What’s in a Name’ adalah imbasan kembali pengalaman, peristiwa-peristiwa penting yang telah membentuk diri dan kehidupan Nazir serta merangkumi kisah-kisah keluarga, kerjaya, perniagaan dan politik di Malaysia.
Nazir turut mengimbau kembali keresahan beliau berkaitan pelbagai peristiwa yang berlaku seperti semasa beberapa tahun pertama kerjaya di CIMB yang mencabar, usaha penggabungan perbankan dan krisis 1MDB.
Memoir ini didatangkan dalam dua versi iaitu United Kingdom yang akan berada di pasaran pada 18 November dan Bahasa Malaysia pula kini di peringkat akhir penterjemahan dan bakal berada dalam pasaran pada tahun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024