HIBURAN

Ini Adalah Drama Perjuangan Wanita Paling Ikonik! Yang Terakhir Itu Paling Epik

Ainun Md Zooki 05/07/2025 | 18:55 MYT
Bila bercakap tentang drama sahaja, pastinya kita sering disajikan dengan karya-karya percintaan dan hubungan yang toksik.

Tapi, bila dunia digemparkan dengan karya karya yang menampilkan kisah wanita seringkali mendapat tempat di hati penonton kerana memperlihatkan kekuatan, keazaman, dan realiti hidup yang dilalui oleh golongan ini.

Tanpa mengira drama itu berbentuk siri atau filem, kisah wanita yang ditampilkan sering memberi inspirasi dan menjadi simbol perjuangan buat para wanita di luar sana.

Berikut merupakan beberapa karya popular yang mengangkat kisah wanita dari pelbagai sudut kehidupan:

Desperate Housewives


Drama bersiri popular dari Amerika Syarikat ini memberi fokus kepada kehidupan sekumpulan wanita yang tinggal di kawasan kejiranan mewah bernama Wisteria Lane.

Di sebalik senyuman dan gaya hidup kelihatan sempurna, setiap watak menyimpan rahsia, cabaran peribadi dan konflik rumah tangga yang rumit.

Siri ini menyerlahkan kekuatan wanita dalam berdepan isu seperti perkahwinan, keibubapaan, kerjaya dan pengkhianatan.

Good Girls


Siri yang mengangkat kisah tiga wanita biasa terpaksa melibatkan diri dalam kegiatan jenayah demi menyara keluarga masing-masing, Good Girls menjadi drama yang unik dan segar.

Ia bukan sahaja memaparkan pengorbanan seorang ibu, tetapi juga memaparkan sisi gelap sistem kewangan dan tekanan hidup yang dihadapi wanita kelas pertengahan.

Elemen jenayah yang digabungkan dengan drama kekeluargaan menjadikan siri ini sangat relevan dan penuh emosi.

Charlie’s Angels


Meskipun lebih dikenali sebagai filem aksi, Charlie’s Angels merupakan antara karya klasik yang memaparkan wanita sebagai wira utama.

Tiga wanita hebat yang bekerja sebagai ejen risikan berdepan pelbagai misi berbahaya, sekali gus membuktikan kekuatan dan kebijaksanaan bukanlah milik eksklusif kaum lelaki.

Watak-watak ini digambarkan sebagai berdikari, berani dan penuh strategi menjadikan ia inspirasi kepada ramai penonton wanita di seluruh dunia.

First Wives


Dalam versi tempatan yang dibintangi Mimi Lana dan Melissa Campbell iaitu First Wives mengetengahkan kisah dua kawan baik yang dikhianati oleh pasangan masing-masing.

Daripada menjadi mangsa keadaan, mereka bangkit dan membina semula kehidupan mereka dengan lebih kuat dan berjaya.

Drama ini tidak hanya menyentuh soal pengkhianatan, tetapi juga soal persahabatan, kepercayaan diri dan kekuatan dalaman seorang wanita.

Menarikkan karya yang mengangkat kisah perjuangan wanita ni, jom stream First Wives kesemua 8 episod yang meraikan tentang solidariti persahabatan wanita di On Demand.

#Drama #wanita #Perjuangan