,
Hiburan

"Ini Adalah Fitnah Besar Terhadap Saya .." - Terima Kata Cacian, Hinaan & Makian, Fizo Omar Ingin Ambil Tindakan Undang-Undang

Zulaikha Yusof
02/04/2020
01:37 MYT
Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar menegaskan dia tidak pernah meminta bantuan kewangan dari kerajaan atau mana-mana pihak seperti yang dihebahkan di media sosial.
Kata Fizo, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berpanjangan dan menjatuhkan maruah diri serta keluarga.
"Berhubung isu selebriti minta bantuan dari kerajaan, ingin saya tegaskan tak pernah minta bantuan kewangan dari kerajaan atau mana-mana pihak seperti didakwa di media sosial.
"Ini adalah fitnah besar terhadap saya. Jadi saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang sewajarnya.
"Jika perkara ini berlarutan termasuklah komen kata-kata kesat di media sosial yang boleh menjatuhkan maruah saya dan nama baik saya serta keluarga," katanya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 35, memaafkan individu terbabit dan berharap agar mereka menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan.
"Saya yakin apa yang jadi sebelum ini hanya salah faham sebab itu ia memberi kesan kepada saya dan keluarga sehinggakan menerima komen negatif, cacian, hinaan, makian terhadap saya dan keluarga.
"Saya maafkan korang semua dan tak simpan dalam hati pun dan saya berharap yang terlibat sila tarik balik sebelum saya ambil tindakan sewajarnya.
"Saya minta maaf jika ada tindakan saya lakukan menggores hati mana-mana pihak, daripada keruhkan keadaan sama-sama kita doakan Covid-19 ini segera dihapuskan dan kita dapat cari rezeki bersama ," katanya lagi.
Terdahulu, pelakon Zarina Anjoulie menempelak tindakan Fizo yang cuba merendahkan dirinya menerusi satu ruang komen di Instagram.
BACA: "Separuh Netizen Yang Selama Ni Sokong Kau Tengah Susah..." - Zarina Anjoulie Tempelak Fizo Omar Gara-Gara...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.
Laman Utama

"Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo Omar

gempak
09/09/2023
15:49 MYT
Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM)
Laman Utama

Fizo Omar & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua - “Diberi Peluang Untuk Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya”

gempak
20/05/2023
00:54 MYT
Alhamdulillah tahniah!
Unitar