Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Ini Adalah Hadiah Dari Hati Saya" - Nina Iskandar Lancar Serum Bibir SKANDARL, Laku Keras Tak Sampai Sebulan

Amri Hassan 02/05/2025 | 19:01 MYT
Dalam dunia yang sering menuntut wanita untuk sentiasa kelihatan sempurna, pelakon dan usahawan Nina Iskandar tampil dengan satu jenama kecantikan yang cukup personal, penuh jiwa dan menyentuh hati, SKANDARL Beauty.
Dengan pelancaran produk sulungnya, Serum Bibir Berwarna, Nina membawa mesej yang jauh lebih dalam daripada sekadar kecantikan luaran.
Produk ini bukan sahaja memperindah bibir, tetapi juga menjadi simbol pemulihan diri buat wanita yang pernah letih, pernah hilang arah, dan sedang belajar untuk mencintai diri mereka semula.
“Saya pernah berada di tempat itu. Letih. Penat. Rasa hilang. Tapi saya sedar, mencintai diri bukan bermula dengan perubahan besar. Kadang-kadang, ia cuma perlukan satu sapuan kecil di bibir,” luah Nina.
Serum Bibir Berwarna ini diperkaya dengan ekstrak botani, peptida kolagen, Vitamin E dan SPF – menjadikannya produk 4 dalam 1 yang merawat, melindungi, melembap dan mencantikkan bibir.
Paling menarik? Ia bertindak balas dengan pH semula jadi bibir untuk menghasilkan rona lembut yang berbeza bagi setiap individu menjadikan setiap sapuan unik dan peribadi.
Produk ini direka khusus untuk mereka yang tidak sempat bersolek setiap hari, mereka yang alami bibir kering atau kusam, dan mereka yang dambakan penampilan semula jadi tetapi tetap berseri.
Majlis pelancaran yang berlangsung penuh glamor di Kuala Lumpur turut diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim Pehin Haji Suyoi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia.
“Saya amat tersentuh dengan kehadiran Yang Mulia. Ini bukan sekadar pelancaran produk – ini adalah pelancaran semangat baharu dalam hidup saya,” ujar Nina.
Selepas dilancarkan di Brunei pada Mac lalu, sebanyak 80% stok terjual dalam masa kurang sebulan, satu pencapaian luar biasa untuk produk pertama dari jenama baharu.
Fenomena ini membuktikan bahawa pasaran bukan hanya dahagakan produk berkualiti, tetapi juga kisah dan jiwa di sebaliknya.
“Ini baru permulaan. Menjelang hujung 2025, kami akan lancarkan lebih banyak produk kecantikan baharu. Impian saya adalah untuk menjadikan SKANDARL sebagai jenama dari Asia Tenggara yang menawan dunia,” katanya.
#Brunei #Nina Iskandar #Bibir #Serum #SKANDARL