Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ini Akibatnya Bila Suka Gigit Kuku…”- Jari Anak Ridzokumura Bernanah, Doktor Terpaksa…

Syafiqah Jalal
09/09/2020 07:29 MYT
Penggaya rambut atau hairstylist terkenal, Ridzokumura mendedahkan jari anaknya bernanah akibat tabiatnya suka menggigit kuku.

Ridzokumura berkata doktor mengesahkan ia adalah jangkitan dan terpaksa mengeluarkan kesemua nanah tersebut sebelum menyapu ubat

“Kalau selalu gigit kuku akibatnya kena infection. Kepada sesiapa yang suka gigit kuku tu berhentilah gigit nanti bernanah jari,” katanya.

Pemilik salun Ridzokumura itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia berkongsi rakaman video bagaimana rawatan yang dilakukan oleh doktor untuk mengeluarkan nanah tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata ngeri melihat rawatan tersebut dan turut berkongsi pengalaman selama mempunyai tabiat yang sama.

Ridzokumura telah menjadi penggaya rambut untuk ramai selebriti seperti Eina Azman, Lana Nordin, Ezzaty Abdullah, Haiza, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

Kalau selalu gigit kuku kan dah kena Infection kepada org2 yg suka gigit kuku tu Berhenti lah gigit nti menanah jari??

A post shared by Ridzokumura (@ridzokumura) on

#Anak #Jari #Doktor #Bernanah #Ridzokumura
;