Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ini Anjing Paling Berpengaruh Di Media Sosial, Ada 25 Juta Pengikut & Jana Jutaan Ringgit

Maliah Surip
24/05/2023 14:52 MYT
Pada zaman media sosial, bukan hanya manusia yang boleh menerima gelaran influencer atau pempengaruh tetapi juga haiwan.

Dan memperkenalkan haiwan paling berpengaruh di media sosial sehingga diangkat sebagai influencer iaitu seekor anjing yang dikenali dengan nama Tucker Budzyn.



Menerusi kajian yang dijalankan oleh syarikat Printed Pet Memories, anjing tersebut didakwa menerima pendapatan sehingga RM4.5 juta setahun hasil menjadi influencer di media sosial.

Tucker dikatakan mula menerima bayaran dalam setiap hantaran yang dibuat sejak berusia dua tahun. Anjing milik Courtney Budzyn tersebut kini berusia lima tahun.

“Tucker menerima bayaran daripada RM181 ribu sehingga RM272 ribu untuk 30 minit penampilan di YouTube manakala RM100 ribu untuk tiga hingga lapan hantaran di Instagram,” dakwa Courtney seperti dilaporkan The New York Post.

Courtney pertama kali menampilkan anjingnya sebagai ‘bintang’ saat Tucker berusia lapan minggu selepas dilahirkan pada Jun 2018.

Tucker dilihat melakukan pelbagai aktiviti termasuk memakai kasut, bermain serta memastikan pemiliknya berpura pura mati.

Anjing dari jenis golden retriever itu kini memiliki 25 juta pengikut di semua media sosial dengan 11.1 juta di TikTok, 5.1 juta di YouTube, 4.3 juta di Facebook, 3.4 juta di Instagram dan 62,400 di Twitter.

Courtney dan suaminya, Mike telah berhenti dari kerja untuk menjaga Tucker dan anaknya, Todd secara sepenuh masa.

#Viral #Anjing #Influencer #Popular #Tucker Budzyn
;