Laman Utama

“Ini Antara Brand Kegemaran Saya” -Iqbal Dikecam Komen Jam Tokti Bernilai RM1 Juta? Ada Yang Tuduh Sengaja Tumpang Populariti!

gempak
Hanafis Haris
08/11/2021
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Ini Antara Brand Kegemaran Saya” -Iqbal Dikecam Komen Jam Tokti Bernilai RM1 Juta? Ada Yang Tuduh Sengaja Tumpang Populariti!

Kisah jam mewah penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dianggarkan bernilai RM1 juta masih menjadi topik ‘hangat’ di media sosial.

Menerusi tinjauan Gempak di Twitter, ramai yang masih rancak membincangkan kehebatan dan kemegahan jam tersebut.

Ini kerana selain Siti, jam tangan mewah buatan Swiss itu juga pernah dipakai oleh beberapa selebriti ternama seperti Cristiano Ronaldo, Kylie Jenner, Tan Sri Michelle Yeoh, Jackie Chan, Ed Sheeran dan ramai lagi.

BACA: Hadir Ke Minggu Fesyen KL, Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta? - “Ini Baru Orang Kaya Ada Standard”

Pun begitu, tiada angin tiada ribut, nama usahawan dan kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli telah menjadi perbualan netizen khususnya peminat Siti Nurhaliza.

Difahamkan, Iqbal telah meninggalkan satu komen di TikTok yang memberitahu jam yang dipakai Siti turut menjadi kegemarannya.

“Datuk Seri Siti memang sudah lama pakai jam yang harga ratusan dan juta ringgit.

“Ini antara brand kegemaran saya,” katanya ringkas.

Biarpun hanya meninggal komen sedemikian, ada diantara netizen yang dilihat tidak senang dengan kenyataan tersebut.

Ada yang menganggap Iqbal sengaja menumpang populariti, tidak kurang juga yang mendakwa dia sengaja mahu menunjuk kekayaan.

“Brand kegemaran pulak, nak bagitahu yang dia pun boleh beli juga”

“Mahal-mahal saja kegemaran dia”

“Yang branded je semua mengaku dia pun ada juga”

“Dia pun sibuk nak pakai adui,” tulis beberapa netizen.’

Untuk makluman, bekas pembantu usahawan Datuk Seri Vida sebelum ini juga pernah menjadi tumpuan apabila dikatakan membeli jam mewah bernilai lebih setengah juta ringgit.

Isu tersebut dikatakan tercetus selepas Iqbal memuat naik sebuah video dia membeli dua jam jenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota.

Susulan itu, Iqbal terus dihimpit pelbagai kecaman daripada netizen hingga ada yang mendakwa dia sengaja berlagak mewah.

BACA: Beli Jam Bernilai Setengah Juta, Bekas Pembantu DSV Sengaja Tayang Mewah? Tak Sensitif Ketika Pandemik?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live