Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ini Antara Syarikat Luar Negara Yang Terjejas Disebabkan Gangguan IT Global

Gempak
19/07/2024 10:16 MYT
Gangguan IT Global menggemparkan dunia ketika ini dan antara yang terjejas ialah syarikat penerbangan US, Delta Airlines dan United Airlines yang sudah menggantung penerbangan kerana masalah komunikasi.

Menerusi perkongsian pengguna di platform X, Turkish Airlines turut memaklumkan mempunyaio masalah besar berkaitan mahu mengesahkan pesanan tiket dan pemeriksaan semakan masuk.

Pihak berkuasa penerbangan awam US meminta semua penerbangan mendarat segera susulan masalah teknikal ketika ini. Kerajaan Australia mengadakan mesyuarat tergempar kabinet susulan gangguan IT.

Manakala Penerbangan India, SpiceJet memaklumkan gangguan teknikal ke atas perkhidmatan dalam talian dan penerbangan Ryanair Ireland juga menerima gangguan sama.

Pengusaha Kereta Api Terbesar UK turut memaklumkan menangguhkan operasi kerana situasi ketika ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney dilaporkan huru Hara kerana situasi yang berlaku. Beberapa syarikat penerbangan utama tak dapat buat semakan masuk, ada yang tiba di lapangan terbang itu tidak boleh menerima bagasi mereka dan Virgin Australia menangguhkan penerbangan mereka.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura mengumumkan semua pemeriksaan semakan masuk akan dilakukan secara manual

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita memaklumkan sistem penerbangan JetStar, JejuAir, Qantas, HK Express dan Spring Japan mengalami masalah

Syarikat Penerbangan Jerman, Lufthansa memaklumkan mereka tidak dapat membenarkan sementara akses ke atas sebarang pesanan tiket dalam talian

Air France mengumumkan penangguhan semua penerbangan transit dan Lapangan Terbang Antarabangsa Paris buat masa ini belum terjejas.

Gangguan teruk ke atas Sistem Rekod Perubatan Elektronik EMR US dan semua McDonald di Jepun ditutup susulan kejadian ini.

#Syarikat Penerbangan #Gangguan IT