“Ini Baru Bagus Tak Mengarut” - Netizen Puji Video TikTok Dr Amalina! Followers Kini Mencecah...

Hanafis Haris
Februari 16, 2021 03:55 MYT
Sebut saja aplikasi media sosial TikTok, pasti ada segelintir pengguna sudah berkerut dahi.
Bagi sesetengah mereka, TikTok dilabel sebagal aplikasi yang penuh dengan video tarian mengarut.

Namun, semua itu mungkin berubah apabila ramai golongan profesional menyertai komuniti TikTok.

Terbaru adalah pelatih pakar bedah Kolej Imperial London, Dr Nur Amalina Che Bakri.

“Saya cuba jauhkan diri daripada TikTok tapi saya fikir ia bagus sebagai platform kepada orang ramai mengenai ilmu perubatan.

“Terutamanya menjelaskan maklumat tidak tepat. Jadi di sinilah saya,” katanya.

Dr Amalina berkata demikian menerusi posting di Twitternya semalam.

Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di akaun rasmi TikTok doktor itu, sudah banyak video dihasilkan.

Antaranya termasuklah video berkaitan vaksin Covid-19, pembedahan, mitos produk pulihkan kanser dan banyak lagi.

Jumlah pengikut TikTok Dr Amalina juga sudah melebihi 34,000 orang.

@dramalinabakri
Cure-all products ##medicaltiktok ##doctor ##medicine

♬ No Scrubs - TLC
#Viral #TikTok #DrAmalinaCheBakri