Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Ini Baru Profesional, Dah Jatuh Pun Tetap Bangun Dan Menyanyi Balik” – Netizen Puji Ayda Jebat

Fiza Kamarudin 02/11/2019 | 09:48 MYT
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pelayarnya telah memuji semangat Ayda Jebat yang meneruskan nyanyiannya walaupun sudah terpelecok dan jatuh.
Insiden tersebut berlaku ketika Ayda sedang rancak menarikan lagu Temberang bersama Santesh pada persembahan penutup di Anugerah Skrin 2019 malam tadi (Jumaat).
Ayda juga dilihat tenang dan tidak gelabah apabila terjatuh ketika rancak menari bersama Santesh pada majlis anugerah yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu.
Gara-gara itu kaki Ayda bengkak dan lebam.

??? . Fly balik shooting from Philippines, terus pergi practice! I just have 2 hours to catch up everything. Nah! Ini hasilnya. Betul betul ‘Aduh aduh abang.. adik jatuh terpeleot..’ sakit & lebam guys. Sapa gelak ketiak dia berdaki. Bye. ??? . ‘It’s not about how hard you fall, but how fast you get up & get backup.’ . #AydaJebat #Temberang #ASK2019 #MaafkanBBGirl #BaruNakFeelingJadiPrincessJasmine

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Rata-rata warga net memberikan reaksi positif dan kagum dengan cara penyanyi itu mengawal pentas.
Menurut salah seorang pengguna Twitter, @AnasZahrin yang menyaksikan insiden terbabit, dia mengakui Ayda seorang penyanyi yang profesional apabila terus kuat meneruskan persembahannya.
“Inilah penghibur yang profesional. Bukan soal dia jatuh tapi bagaimana dia kembali bangkit. Perkara paling menarik adalah dia tetap menari dan meneruskan persembahannya,” tulisnya.
Sementara itu Ayda ketika dihubungi berkata, insiden terbabit berlaku dengan pantas, namun dia sedaya upaya meneruskan persembahan walaupun terpaksa menahan kesakitan.
“Ketika sedang menyanyikan lagu Temberang dan menari, saya gagal mengimbangkan badan kerana menggunakan kasut tumit tinggi hingga menyebabkan saya tergelincir dan terjatuh.
“Barangkali terlalu teruja juga antara faktor saya gagal mengawal diri. Saya sedaya upaya ingin memberikan persembahan terbaik. Tambahan pula, ini adalah anugerah berprestij .
“Saya mohon maaf jika kesilapan itu mencacatkan persembahan, tapi bersyukur tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma lebam. Terima kasih kerana mendoakan kesihatan dan menyukai persembahan saya semalam.
“Bagi saya dalam setiap persembahan pasti ada kesilapan kecil, tapi sebagai penghibur kita perlu bijak mengawal diri dan situasi,” katanya.
Sumber/Foto: Harian Metro
#Penyanyi #Ayda Jebat #Penyanyi
;