Hiburan

"Ini Baru Sehari..." - Zila Bakarin Kongsi Situasi Lockdown Di India

gempak
Asraf Aided
26/03/2020
05:00 MYT
Sponsor Banner
"Ini Baru Sehari..." - Zila Bakarin Kongsi Situasi Lockdown Di India
Pelakon Zila Bakarin berkongsi beberapa potongan video menunjukkan situasi di India selapas Perdana Menteri mereka, Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung.
Berdasarkan video tersebut, individu yang tidak mematuhi arahan dan merayau telah dihambat serta dipukul oleh pihak berkuasa demi melaksanakan langkah penularan wabak COVID-19.
Zila berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Pada masa yang sama, Zila juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
"Ini di India, sehari je lockdown dah macam ni, kalau di Malaysia? Mesti banyak bunyi...Faham tak.
"Saya pun malas duduk rumah, orang macam saya ni tak kerja takda duit, faham lah rakyat Malaysia," tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Zila di ruangan komen.
Kebanyakan antara mereka turut kesal dengan sikap sambil lewa segelintir rakyat Malaysia.
Malah, ada juga yang berpendapat tindakan yang sama seperti di India harus dilaksanakan di negara ini.
Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live