Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Ini Bukan Baby Scan" - Zulin Aziz Hidap Ketumbuhan Dalam Perut

Amri Hassan 13/12/2017 | 04:00 MYT
Pengacara dan pelawak popular, Zulin Aziz dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap ketumbuhan dalam perut.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Zulin menerusi akaun Instagramnya semalam.
Kata Zulin, pada mulanya dia mengalami cirit-birit sebelum melakukan imbasan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
"Saya harap 'benda' tu hilang tak payah pembedahan. Boleh keluarkan tak? Nak kerja.
"Ini bukan baby scan ya, ini namanya cyst (ketumbuhan). Bila masa pula saya kahwin?
"Saya masuk hospital sebab cirit-birit tetapi selepas itu baru saya tahu. Saya nak jelaskan pun susah, doakan yang baik-baik ya," tulisnya.
Lebih manis, Zulin turut memuat naik sekeping foto ditemani rakan baiknya Lufya yang kini masih dalam pantang.
"Minah sakit perut vs minat dalam pantang @lufyaluvya," tulisnya lewat malam tadi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @zulinaziz
#Sakit #Zulin Aziz #Pengacara #Sakit
;