Ketika muncul sebagai rakan duet Nabil Ahmad menerusi lagu Butter di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza di Axiata Arena, Kuala Lumpur semalam, banyak respons yang diterima oleh pelakon Amir Ahnaf.

BERITA TRENDING: Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan…

Menerusi platform X, rata-rata dilihat mengkritik persembahan tersebut, terutama apabila Amir menyanyikan bahagian rap lagu asal dendangan kumpulan K-Pop tersohor, BTS itu.




Sungguhpun begitu, ternyata Amir tidak cepat melatah. Menerusi platform sama, Amir membuat satu hantaran tidak beberapa lama selepas menjayakan persembahan tersebut.



Menerusi hantaran berkenaan, Amir hanya meletakkan emoji tertawa.

Meninjau ruangan balasan, ramai dalam kalangan peminat Amir memberikan kata-kata semangat buatnya.