Anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim menjelaskan pembubaran kumpulan itu bukanlah salah satu cara yang dilakukan untuk melariskan tiket Konsert Gergasi KRU 25 yang bakal berlangsung di Istana Budaya, bulan depan.
Menurut Norman, perkara itu dilakukan adalah untuk mereka memberi tumpuan kepada komitmen masing-masing selepas ini.
"Pengumuman yang dilakukan ini bukannya gimik untuk lariskan tiket kerana bagi kami setiap yang bermula pastinya ada penghujungnya.
"Kalau nak dikatakan pembubaran ini adalah untuk lariskan tiket adalah tidak benar kerana tiket konsert kami yang bakal berlangsung itu telah dijual sebanyak 80%.
"Sebenarnya tiada apa lagi yang kami mahu capai atau kejar kerana KRU sendiri sudah mengecap pelbagai sejarah manis dalam kerjaya seni.
"Kami sudah melalui pelbagai fasa dan inilah fasa penutupnya dalam kerjaya seni sebagai anggota kumpulan KRU," katanya kepada Astro Gempak.
Norman berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media tergempar ‘Gergasi’ KRU, yang diadakan di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Konsert Gergasi KRU 25 akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei ini di Istana Budaya.
Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert Gergasi KRU 25 boleh mendapatkan tiket di www.kruarena.com.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Fri Apr 20 2018


Da'i Syed Kongsi Gambar Pakai Apron, Ramai Peminat Perempuan Jatuh Hati - "Masak Pun Hensem Tak Tau Nak Cakap La"
Untung sapa dapat dia ni.

Seekor Ditembak, 2 Anjing Dicuri, Lady Gaga Tawar Setengah Juta Dolar Dengan Pesanan: "Jangan Tanya"
anjing dari baka Perancis dibawa lari perompak

Isu Saman Fitnah - Vivy Yusof, Netizen Bersemuka Di Mahkamah Ogos Depan
Semoga dipermudahkan untuk kedua-dua pihak.

Psst! Ini Lagu-Lagu Yang Ada Dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends
Yuna, Altimet & Hael Husaini nyanyi lagu apa?

Datuk Ras Adiba Radzi Selamat Jalani Pembedahan, Jahit Semula Ligamen...
Alhamdulilah...Datuk Ras Adiba selamat jalani pembedahan

#MamiPiqahCorner: Salahkah Pakai Seluar Ketika Berpantang? Doktor Kata Lain, Mak Di Kampung Lain Pula Caranya…Mana Satu Betul?
Pantang tradisional atau moden?

Dah Jadi Macam-Macam, Tapi Mana Satu Watak Zizan Paling Korang Love?
Zizan kalau berlakon wuih boleh tahan ya!

COVID 19: Angka Kembali Naik ke 2 Ribu, Kes Kematian Mencecah 1,111
Jaga diri, patuh SOP.

“Nak Tangkap Sajat Ke John Wick Ramai-Ramai Ni?” - Netizen Pelik Kenapa JAIS Kerah 122 Anggota
Sampai 122 orang memang ramai, tapi mungkin ada alasan tertentu?

‘Content’ Media Sosial – Penting Sangatkah Siapa Yang ‘Like’, Berapa Yang ‘View’ Setiap Muat Naik Anda?
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan dalam talian dan di media sosial, ya mungkin ia penting. Tapi bagi kita yang biasa-biasa saja ni, perlukah ambil pusing?