gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hafiz Mahamad Pertahan Isteri, Bidas Kritikan Terhadap Syafiqah Aina - “Letak Lah 100 Maid Pun Tak Jalan Kalau…”
HIBURAN
Penyanyi Lagu Viral ‘Pretty Little Baby’, Connie Francis Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun
HIBURAN
Kak KM Jawab Isu Anak Didakwa Terlalu Seksi - “Jangan Sibuk Hal Orang, Aku Tahu Bahagian…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Ini Bukan Hollywood…Banyak Lagi Pendekatan Boleh Dibuat" - Rusdi Ramli Ulas Isu Adegan Sensitif Filem, Drama Malaysia

Umirah Halim
Umirah Halim
23/04/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Ini Bukan Hollywood…Banyak Lagi Pendekatan Boleh Dibuat" - Rusdi Ramli Ulas Isu Adegan Sensitif Filem, Drama Malaysia
Pelakon, Rusdi Ramli berkongsi pandangannya mengenai cabaran yang dihadapi oleh pelakon dalam industri perfileman Malaysia, terutamanya apabila berhadapan dengan adegan yang sensitif atau tidak selesa.
Menurut Rusdi, sebagai sebuah industri yang mempunyai norma budaya yang berbeza dengan Hollywood, tidak semua adegan yang ditampilkan dalam filem atau drama tempatan boleh diterima penonton.
Katanya, dia percaya bahawa lebih banyak pendekatan yang lebih baik boleh diterokai.
“Bagi saya, kalau berhadapan dengan adegan yang agak berlebihan atau sensitif, ini adalah pendapat masing-masing. Saya tak berapa setuju kalau terlalu banyak perkara yang perlu dicuba. Banyak lagi pendekatan yang kita boleh buat. Kita tahu ini bukan Hollywood, ini Malaysia, jadi tidak semua perkara boleh diterima di sini,”kata Rusdi.
Berkongsi mengenai pengalaman peribadinya di set penggambaran, pelakon berusia 55 tahun itu juga pernah berhadapan situasi perlu melakukan babak yang tidak dimaklumkan lebih awal oleh pengarah.
Situasi ini, menurutnya, seringkali mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelakon.
“Pelakon kita cuma menerima arahan, kadang-kadang tiada dalam skrip dan tiba-tiba ada idea baru yang muncul di set. Saya pernah berhadapan dengan situasi itu. Memang ada ketidakpuasan hati, tapi sebagai pekerja yang dibayar, kita perlu buat juga. Saya rasa itu memang kurang adil untuk pelakon kerana tidak diberitahu awal, tapi itu adalah motif masing-masing,” tambahnya.
Dalam pada itu, Rusdi juga mengingatkan bahawa pelakon harus bijak membuat keputusan mengenai tawaran yang diterima, terutamanya soal bayaran dan peranan yang disediakan.
“Kalau rasa bayaran rendah, jangan ambil. Kalau dah ambil, jangan bising. Kalau diberi tawaran, tolaklah dengan baik,” ujarnya. “Alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah kena.
“Harga saya memang berpatutan, saya tolak semua perbelanjaan yang sepatutnya, saya dapat sedikit untuk saya guna, okay sahaja. Kita tahu sebagai pelakon, ada rodanya, dulu di atas sekarang di bawah,” katanya.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Malaysia
#Sensitif
#Adegan
#Bukan
#Ramli
#rusdi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement