Selepas lebih sebulan menyepikan diri daripada membuat sebarang posting di laman sosial sejak kematian suami, penyanyi Bunga Citra Lestari akhirnya muncul dengan entri terbaharunya di Instagram.
Lebih mencuri tumpuan, posting terbaharu yang dikongsikan menerusi Instagram Story itu dibuat pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 hari ini.
Balu allahyarham Ashraf Sinclair itu berkata, dia mengambil kesempatan pada hari istimewanya ini untuk mengucapakan jutaan terima kasih buat semua yang memberikan sokongan kepadanya selama ini.
"Saya tahu saya tidak ada post apa-apa sejak akhir-akhir ini kerana sejujurnya masih belum mampu, namun, pada hari istimewa, hari ulang tahun kelahiran saya, saya buat keputusan untuk post hal ini.
"Saya mahu ucapkan terima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberikan untuk saya. Saya bersyukur dikelilingi keluarga, kawan-kawan, peminat dan insan-insan yang menyayangi saya yang selalu memberikan sokongan.
"Ini bukan perjalanan yang mudah, tetapi sedikit demi sedikit saya berusaha bangkit dan berjalan," luahnya.
Pada masa sama, Bunga meminta agar orang ramai untuk mendoakan suaminya sempena hari ulang tahun kelahirannya.
"Di hari ulang tahunku ini, kalau boleh, saya minta kirimkan doa untuk Ashraf dan juga doa untuk kita semua agar selalu dilindungi daripada bencana.
"Jaga diri masing-masing, dan tolong duduk di rumah. Ayuh jaga diri antara satu sama lain. Saya sayang kalian," coretnya.
Sebelum ini Ashraf dilaporkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.
BACA: Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung
Bunga mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada 8 November 2008 di Jarkata, Indonesia.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berusia 10 tahun.
ZULHILMI JALIL
Sun Mar 22 2020
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.