Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ini Bukan Rekaan Ya” - Caprice Syukur, Isteri Kini Hamil Lima Bulan

Mya Amri
20/09/2023 06:53 MYT
Penyanyi rap, Caprice mengumumkan berita gembira apabila isterinya, Farra Inalis kini hamil lima bulan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, berkongsi berita gembira itu ketika memberikan ucapan di majlis pelancaran pelantikannya sebagai Duta ThorX, di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, pada Rabu.

“Alhamdulillah, isteri saya kini hamil lima bulan. Sudah alang-alang semua orang ada di sini, saya kongsikan berita gembira dengan semua. Ini bukan rekaan ya,”
katanya.

Dalam pada itu, Caprice juga memaklumkan sebelum ini ramai yang bertanya mengapa lambat mendapatkan cahaya mata.

“Sebelum ini saya bukan tidak mahu anak, tetapi disebabkan kepadatan jadual dan komitmen kepada perniagaan dan lain-lain hasrat tersebut saya ketepikan dahulu.

“Selain itu, yang macam semua orang tahu saya juga terlalu sibuk menyelesaikan masalah masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.

#Viral #Anak #Hamil #Isteri #Caprice #Farra Inalis
;